Rakyat

‘Jangan Kacau, Jangan Alih’, KKM Mohon Bekas Nyamuk Wolbachia Tidak Diganggu

205
SHARES

Sejak 7 Julai yang lalu, beberapa lokaliti telah dipilih menjadi lokasi pemula pembiakan telur nyamuk Aedes yang telah disuntik bakteria Wolbachia. Ia adalah langkah proaktif  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menurunkan kes denggi di negara yang meningkat secara mendadak berbanding tahun lalu.

Jika anda ternampak bekas hitam seperti ini, JANGAN sentuh, alih, atau mengganggunya kerana ia digunakan untuk memantau kehadiran nyamuk Aedes berWolbachia.

Menurut sebuah posting di Facebook oleh KKM hari ini, beberapa bekas telahpun dijumpai dalam keadaan yang rosak seperti dalam gambar di bawah:

Beberapa bekas hitam untuk pembiakan Nyamuk Aedes berWolbachia telah dirosakkan.

Sekali lagi kami mohon bantuan semua, tolong pastikan bekas-bekas hitam ini dalam keadaan baik.

Projek ini bagi melindungi anda daripada denggi.

Kerja sama anda semua amat dihargai.

Amat menyedihkan kan?

Tahukah anda, menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian, hasil kajian rintis di 8 lokaliti di Selangor pada Mac 2017 menunjukkan hasil positif apabila berjaya menurunkan kes denggi sehingga 80% tau!

Projek ini pun bukan calang-calang ya. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sendiri berkata bahawa Malaysia adalah negara kedua di dunia selepas Australia yang melaksanakan kaedah berkenaan sebagai pencegahan terhadap kes denggi.

Jadi, janganlah pandai-pandai nak usik atau rosakkan bekas hitam ni ok!

Apapun, mungkin ramai masih curious dan tak tahu apa benda wolbachia ni sebenarnya. Berikut adalah sedikit info tentangnya.

 

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Projek Wolbachia Oleh KKM

1. Apakah Wolbachia

Wolbachia adalah bakteria yang hidup dalam sel serangga berkurun tahun dahulu dan diwarisi kepada generasi seterusnya melalui telur.

Ia terdapat secara semulajadi dalam lebih 60% jenis serangga.

2. Bagaimana Wolbachia Mencegah Denggi

Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti. Nyamuk berkenaan akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk, seterusnya menghalang penyebaran virus denggi.

3. Wolbachia Tidak Merbahaya Kepada Manusia

Jangan risau kalau ada bekas ini diletakkan berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Sebabnya nyamuk berwolbachia ini tidak merbahaya kepada manusia kerana ia tidak dapat menyebarkan virus denggi.

4. 2 Jenis Bekas Hitam

Terdapat 2 jenis bekas hitam yang terlibat dalam projek ini, iaitu bekas hitam besar dan bekas hitam kecil.

  • Bekas hitam besar (Release Container) – Mengandungi telur nyamuk bagi menghasilkan telur nyamuk Aedes berWolbachia
  • Bekas hitam kecil (Ovitrap Container) – Digunakan untuk memantau kehadiran nyamuk Aedes berWolbachia

5. Apa Perlu Anda Buat

Sekiranya anda nampak bekas ini, biarkan saja ia di tempatnya. Jangan lakukan apa-apa seperti mengalih, membuang air, atau memasukkan apa-apa ke dalamnya.

Ingat, Kebersihan Tetap Perlu Diutamakan

Jom sama-sama sokong usaha menghapuskan denggi.

Jangan lupa, walaupun operasi ini dilaksanakan bagi mencegah denggi namun aspek kebersihan persekitaran dan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan Aedes tetap menjadi keutamaan kepada semua pihak terutamanya penduduk setempat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×