Famili

Nak Hilangkan Panau Tanpa Ubat? Cuba Petua Tradisional Ini, Boleh Jimat Duit!

30
SHARES
panau

Masalah panau bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat kita. Kadang-kadang sampai malu nak keluar rumah hanya disebabkan masalah ini! Risau orang menegur atau memandang panau di badan ini.

Panau boleh dirawat melalui dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat makan yang boleh anda dapatkan di hospital. Tapi sebenarnya, panau juga boleh dihilangkan melalui rawatan tradisional. Ada beberapa petua tradisional untuk menyembuh panau yang boleh anda cuba!

Baca juga: Ini 7 Petua Ubat Orang Tua-Tua Dulu Selalu Guna, Patutlah Sihat & Susah Jatuh Sakit!

CARA MERAWAT PANAU MENGIKUT PETUA TRADISIONAL

Panau adalah tompokan putih yang menyebabkan permukaan kulit tidak sekata. Nama saintifik bagi panau ialah Tinea Versicolor iaitu satu masalah jangkitan pada bahagian luar kulit yang kerap terjadi disebabkan oleh kulat bernama Malassezia.

Antara punca-punca terjadinya panau adalah:

  • Cuaca yang panas dan lembap
  • Terlalu banyak berpeluh
  • Perubahan hormon
  • Kekurangan zat makanan
  • Pengambilan ubat-ubatan yang kerap seperti steroid
  • Antibodi badan yang lemah
  • Kulit terlalu berminyak terutama pada bahagian muka dan belakang badan

Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai cara menyembuhkan panau mengikut petua tradisional.

1. BAWANG PUTIH

panau

Cara-caranya adalah gunakan seulas bawang putih. Kemudian, potong kepada dua bahagian. Tumbuk bawang putih itu dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Anda disarankan untuk melakukan setiap hari sehingga panau itu hilang.

Peringatan bahawa kulit akan terasa perit dan menjadi merah ketika anda melakukan petua ini.

2CUKA EPAL

Sapukan cuka epal di bahagian yang berpanau dan biarkannya selama 20 hingga ke 30 minit. Kemudian, bilas dengan air. Amalkan aktiviti ini pada setiap malam.

3. LENGKUAS

panau

Cara-caranya adalah potong dan buang kulit lengkuas. Kemudian, tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Air lengkuas yang diperah, sapukan pada bahagian kulit yang bepanau. Ketika melakukan petua ini, jangan makan sebarang lengkuas.

Boleh juga, tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau tersebut. Sama seperti sebelum ini, elakkan makan sebarang lengkuas untuk mempercepatkan tindakannya.

4. LIDAH BUAYA

panau

Sudah terkenal dalam kalangan umum, lendir lidah buaya mempunyai khasiat penyembuhan untuk kulit termasuk ruam. Cara menggunakan lidah buaya adalah potong lidah buaya dan seterusnya sapukan lendirnya di bahagian bertompok. Biar selama 10 hingga ke 15 minit dan bilas dengan air suam.

5. HALIA

Seterusnya, anda boleh menggunakan halia sebesar jari. Caranya adalah menumbuk ia dan seterusnya menyapu ke bahagian kulit yang berpanau itu selama 10 hingga ke 20 minit. Cuba petua ini sehingga panau beransur hilang.

6. DAUN BELIMBING

panau

Daun belimbing juga boleh memulihkan panau. Anda perlu menumbuk beberapa helai daun belimbing sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Seterusnya, anda sudah boleh menempelkan ramuan itu pada bahagian tompok putih di kulit.

Bukan sahaja dapat jimat duit, tapi panau pun semakin hilang. Bahan-bahan ini semua pasti ada di rumah malah senang untuk anda dapatkan di pasar dengan harga yang murah. Boleh cuba petua tradisional ini memandangkan tiada bahan kimia bahaya yang terlibat. Ingat, kuncinya adalah konsisten!

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita & Petua Dan Tips

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×