Sihat

8 Khasiat Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) & Cara Pengambilan

90
SHARES

KHASIAT CUKA EPAL (APPLE CIDER VINEGAR / ACV)

Pernah dengar tentang cuka epal? Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) sebenarnya ialah jus epal yang telah melalui proses penapaian.

Proses ini menukarkan jus epal kepada asid asetik. Sebab itulah rasa cuka epal agak masam dan tajam.

Bukan sekadar cuka biasa, cuka epal memiliki banyak nutrien yang baik untuk badan.

Jom kita semak khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh!

8 Khasiat Cuka Epal Untuk Tubuh

1. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Bagi pesakit diabetes, paras gula dalam darah perlu dikawal melalui pemakanan dan ubat-ubatan.

Untuk mengawal paras gula secara semulajadi, anda boleh cuba amalkan pengambilan cuka epal.

Berdasarkan kajian, cuka epal didapati membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin bagi menstabilkan kadar gula secara berkesan.

 

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

2. Mencegah Penyakit Jantung

Paras kolesterol tinggi atau hypercholesterolemia merupakan salah satu punca utama bagi penyakit kardiovaskular.

Hasil kajian mendapati pengambilan cuka epal dapat menurunkan kadar kolesterol  (LDL-cholesterol) dan trigliserida.

Namun, bagi mendapatkan kesan yang lebih ketara, amalan cuka epal perlu disertakan dengan diet yang sihat.

3. Membantu dalam Menurunkan Berat Badan

Cuka epal merupakan antara salah satu makanan tambahan yang popular bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam sebuah kajian,gabungan amalan diet rendah kalori dan pengambilan cuka epal menunjukkan kesan positif dalam menurunkan berat badan.

Kajian lain pula mendapati pengambilan cuka epal dapat menggalakkan penggunaan tenaga oleh tubuh secara berkesan di samping membantu seseorang untuk rasa kenyang lebih lama.

Kredit Foto : healthyforme.nl

4. Kaya Dengan Antioksida

Seperti  sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran, cuka yang dihasilkan daripada buah-buahan seperti cuka epal juga mengandungi khasiat antioksida yang tinggi.

Komponen antioksida yang ditemui dalam cuka epal iaitu fenolik membantu badan dalam menghapuskan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.

Cara buat air detox

Foto Kredit: sheknows.com

5. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Cuka epal juga kaya dengan khasiat pektin yang membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Kehadiran bakteria baik dalam usus pula memberi kesan baik kepada perut dengan melancarkan pencernaan di samping mencegah keradangan pada sistem penghadaman.

Memetik Medical News Today, cuka epal juga didapati mampu menghapuskan bakteria E.Coli dan Salmonella yang menjadi punca keracunan makanan dan cirit birit.

 

Kredot Foto : villagehealth.co.nz

6. Penawar bagi Psoriasis Kulit Kepala

Di samping memberikan kesan baik secara dalaman, cuka epal juga memberi manfaat secara luaran khususnya di bahagian kulit kepala.

Menurut National Psoriasis Foundation, cuka epal didapati berkesan dalam merawat masalah psoriasis pada kulit kepala.

Cuka epal yang memiliki komponen antiseptik dapat membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan akibat psoriasis.

7. Bersifat Antibakteria

Keupayaan asid asetik yang terkandung dalam cuka epal juga memberi kesan baik kepada badan dalam melawan pembiakan bakteria.

Kajian membuktikan bahawa 0.1% asid asetik yang terkandung dalam cuka epal sudah cukup berkesan bagi membunuh bakteria dan mencegah pembiakan bakteria dalam badan.

Hasil kajian juga mendapati aktiviti antibakteria bagi cuka epal akan lebih berkesan jika dicampur dengan garam atau gula.

8. Meningkatkan Ketahanan Badan Dalam Aktiviti Bersukan

Dalam meningkatkan ketahanan badan, sesetengah daripada penggiat sukan suka mengamalkan minuman isotonik sebelum memulakan aktiviti.

Apa yang menariknya, cuka epal juga dapat memainkan peranan yang sama seperti minuman komersial sukan.

Ini menjadikan cuka epal sebagai alternatif yang baik bagi membantu badan meningkatkan paras gula dalam darah di samping menurunkan paras asid laktik bagi mengekalkan ketahanan badan ketika bersukan.

Kredit Foto : health.clevelandclinic.org

 Tips & Cara Penggunaan  / Pengambilan

Bagi yang mahu mula amalkan cuka epal, anda perlu tahu cara pengambilan yang betul.

Anda tidak digalakkan untuk minum cuka epal terus dari botol.

Cuka epal yang belum dilarutkan dalam air boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti keradangan kerongkong dan gigi terhakis akibat asid yang terlalu kuat.

Tips Penggunaan :

  • Hadkan Penggunaan Cuka Epal : Mulakan penggunaan dengan dos kecil. Bergantung pada toleransi tubuh, anda boleh tingkatkan dos kepada 2 sudu sehari.
  • Gunakan Straw & Bilas Mulut : Bagi mengelakkan hakisan gigi, gunakan straw bila minum air campuran cuka epal. Kemudian, kumur bila selesai.

Cara Makan Cuka Epal

  • Campurkan 1 ke 2 sudu cuka epal ke dalam secawan air. Boleh campurkan madu untuk kurangkan rasa masam.
  • Tuangkan 1 ke 2 sudu cawan cuka epal ke salad bagi menambahkan rasa.

Kesimpulan

Cuka epal sememangnya terkandung pelbagai khasiat.

Ia kaya dengan antioksida, baik untuk sistem panghadaman dan berpotensi untuk menggalakkan penurunan berat badan .

Cuka epal juga didapati  dapat membantu badan dalam mengawal paras gula dan paras tekanan darah dengan baik.

Di samping mengambil cuka epal sebagai supplemen tambahan, anda perlu mengutamakan diet dan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan.

Selamat mencuba!

Sumber :

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×