Sihat

Stres Rasa Tak Selesa Dan Sakit? Ini Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh, Para Wanita Wajib Cuba!

2
SHARES
rahim jatuh

8 daripada 10 wanita pasti tidak lagi asing dengan masalah rahim jatuh atau nama saintifiknya, anterior vaginal prolapse, ia merupakan satu situasi di mana tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.

Ia akan menyebabkan pundi kencing tersembul masuk ke dalam faraj dan mengakibatkan banyak masalah lain.

Kebiasaannya, wanita yang telah melahirkan anak mengalami masalah kesihatan ini. Bukan sahaja ianya berikan ketidakselesaan kepada para wanita, malah turut membawa kesakitan kepada mereka. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai petua naikkan rahim jatuh yang anda sendiri boleh cuba di rumah!

Baca juga: Tiba-Tiba Rasa Tak Selesa Celah Faraj, AWAS Mungkin Rahim Jatuh, Ini Puncanya!

PETUA NAIKKAN RAHIM JATUH

1. Berurut sendiri

Sementara mendapatkan bidan atau tukang urut yang berpengalaman, anda boleh cuba berurut sendiri untuk menaikkan rahim yang telah jatuh. Caranya adalah dengan:

  • Baring di atas katil, rapatkan diri ke dinding.
  • Sapu minyak panas atau minyak aromaterapi ke perut.
  • Angkat kaki dan sandarkan ke dinding secara perlahan-lahan. Sambil mengangkat kaki, tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke arah pusat.
  • Dengan lembut, urut dari perut dari bawah iaitu ari-ari dan bawa naik ke pusat.
  • Jika anda berasa sakit, berhenti dahulu. Berehat lebih kurang 5 minit sebelum mula urut semula dengan lembut.
  • Urut selama 30 minit.
  • Ulang setiap hari hingga rahim anda tidak berasa jatuh lagi.

2. Pakai stokin kaki

rahim jatuh

Anda perlu sentiasa memakai stokin kaki seperti ibu dalam pantang. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan angin dari kipas atau penghawa dingin masuk ke kaki anda.

3. Jangan minum ais

Sesiapa yang mempunyai masalah rahim jatuh perlu menjadikan ais sebagai musuh utama. Ini kerana ia akan menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang lalu menyebabkan rahim anda semakin jatuh.

4. Elakkan hubungan seksual untuk sementara waktu

Cuba elakkan daripada melakukan hubungan seksual bersama suami untuk sementara waktu demi mengelakkan masalah rahim jatuh anda semakin parah.

5. Berurut atau sengkak rahim

Sengkak rahim merupakan sejenis urutan yang dilakukan oleh tukang urut atau bidan untuk membetulkan semula kedudukan rahim. Selalunya, ia dilakukan selepas bersalin atau keguguran. Namun, boleh juga dilakukan untuk membetulkan rahim yang jatuh dari kedudukan asal.

6. Bertangas

Amalan ini bukan sahaja dapat mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor darinya, tetapi ia juga amat membantu untuk wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Stim berherba yang masuk ke dalam peranakan anda akan membantu membetulkan semula kedudukan rahim. Untuk kesan yang lebih optimum, anda disarankan untuk bertungku selepas bertangas.

7. Bertungku

rahim jatuh

Bertungku juga sangat membantu wanita yang mempunyai masalah rahim jatuh selain bertangas. Tungku yang ideal adalah batu sungai yang bulat, bersaiz sederhana dan tidak terlalu berat. Jika anda gagal mencari batu sungai, boleh juga gunakan tungku besi. Namun, elakkan bertungku menggunakan hot water bag.

Panaskan tungku di atas api dapur selama 5 minit dan balut dengan kain batik. Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan anda ke atas, seperti anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya anda bertungku 2 kali sehari, selepas mandi pagi dan petang.

8. Air rebusan akar kayu

Air rebusan akar kayu sangat membantu untuk menaikkan semula rahim yang jatuh. Minum air rebusan akar kayu 2 kali sehari sehingga masalah rahim jatuh anda tiada lagi.

9. Elakkan berdiri terlalu lama

Jangan berdiri terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan masalah rahim jatuh anda semakin serius. Cuba untuk duduk setiap kali berkesempatan daripada berdiri.

10. Jamu dan makjun

Pengambilan jamu dan makjun turut membantu menangani masalah rahim anda yang jatuh. Ada banyak jenis jamu di pasaran namun pastikan yang anda beli mempunyai kelulusan KKM. Elakkan daripada makan jamu homemade selain buatan anda sendiri.

11. Nenas batu

rahim jatuh

Nenas batu telah lama digunakan secara tradisional demi menjaga kesihatan rahim.  Ia turut membetulkan semula kedudukan rahim yang jatuh. Rebus nenas batu hingga mendidih dan minum secawan air rebusan waktu pagi dan malam.

12.Pakai bengkung

Bengkung membantu membetulkan kedudukan rahim supaya kembali ke tempat asal selain berfungsi untuk menguruskan badan. Tetapi, pastikan anda memakai yang tidak terlalu ketat. Anda boleh menggunakan apa-apa jenis bengkung sama ada tradisional atau moden. Disarankan untuk bertungku dahulu sebelum berbengkung. Jangan pakai korset.

13. Jangan angkat berat

Mengangkat berat ketika mempunyai masalah rahim jatuh hanya akan menyebabkan ia lebih serius. Elakkan mengangkat berat jika anda ingin pulih seperti sedia kala.

14. Jangan meneran semasa membuang air besar

Meneran hanya akan menyebabkan masalah rahim jatuh anda semakin parah. Jika anda mengalami sembelit, dapatkan ubat untuk menanganinya secepat mungkin.

15. Senaman kegel

Senaman kegel menguatkan otot lantai pelvik yang bukan sahaja dapat mengetatkan vagina tapi juga membantu masalah rahim jatuh. Ia merupakan senaman mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau di pejabat. Caranya adalah seperti:

  • Kosongkan pundi kencing anda.
  • Anda boleh lakukan senaman ini sambil berdiri, duduk atau berbaring. Pilih posisi yang sesuai untuk anda.
  • Jika melakukan sambil berdiri, pastikan anda berdiri tegak dengan meluruskan tulang belakang. Pastikan juga bahu anda tegap, tidak jatuh.
  • Jika melakukan sambil berbaring, cuma baring dengan santai sambil meletakkan lengan di lantai.
  • Bernafas seperti biasa. Pastikan anda tidak menahan nafas ketika melakukan senaman kegel.
  • Setelah mendapat posisi yang betul, tahan otot pelvis anda sambil mengira 1-20. Kemudian, berehat dengan kiraan 1-20. Ulang 4 kali bagi setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.
  • Sekiranya anda tak dapat bayangkan bagaimana cara untuk menahan otot pelvis, sebenarnya ia adalah seperti anda mengemut menahan air kencing daripada keluar. Kemutan yang anda lakukan ialah menahan otot pelvis.

Masalah rahim jatuh ini akan berlalutan jika tidak dirawat dengan segera. Jika rahim masih jatuh, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan sendiri di hospital atau klinik.

Sumber: Bidadari.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×