Dapur

7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Sampai 2 Hari

79.4K
reads

“Aik, aku baru masak nasi ni pagi tadi. Takkan belum malam lagi dah basi. Terpaksa buang semuanya, dahlah perut tengah berkeroncong ni. Silap teknik agaknya tadi. Apa petua masak nasi yang betul?”

Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya?

Dengan 7 petua masak nasi ini, anda juga boleh mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.

Foto Kredit: howtoremovethat.com

Foto Kredit: howtoremovethat.com

7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Lama

Berikut adalah petua masak nasi yang boleh dipraktikkan agar ia tahan lebih lama.

1. Basuh Hingga Bersih

Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.

Foto Kredit: leaf.tv

Foto Kredit: leaf.tv

2. Pastikan Periuk Dicuci Bersih

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.

Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

Foto Kredit: chowhound.com

Foto Kredit: chowhound.com

3. Perahkan Limau Nipis

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.

Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

Foto Kredit: seriouseats.com

Foto Kredit: seriouseats.com

4. Hilangkan Wap Nasi Selepas Dimasak

Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’. 

Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.

Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

Foto Kredit: siamsizzles.com

Foto Kredit: siamsizzles.com

5. Masukkan Secubit Garam

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.

Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: phunukiueviet.com

6. Panaskan Periuk Nasi Atas Dapur

Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

7. Masak Air Dalam Periuk Nasi

Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.

Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

petua masak nasi

Foto Kredit: shutterstock.com

Mudah Bukan?

Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.

Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.

Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.

Carian Yang Berkaitan:

  • petua nasi lambat basi
  • petua nasi tak
  • petua nasi tak cepat basi
  • petua elak nasi basi
  • kiat nasi bungkus tidak cepat basi
  • nasi tahan lama
  • petua nasi tak basi
  • masak nasi tak berkerak
  • https://siraplimau com/petua-masak-nasi-supaya-tak-cepat-basi/
  • 7 petua supaya nasi lambat basi
1 Comment

1 Comment

  1. Nota Nutrisi

    May 8, 2017 at 11:55 am

    Tips yang sangat bermanfaat dan boleh terus diapplikasikan. Jimat dan nasi tidak terbuang. Selalu nasi saya x sampai 1 hari dah basi. Sedih juga kadang terpaksa di buang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top