Dapur

7 Cara Hilangkan Bau Tak Sedap Dalam ‘Tupperware’ & Bekas Makanan

693
SHARES
menghilangkan bau tupperware

“Aduh, melekat pula bau kari dalam tupperware ni. Dah cuci banyak kali pun masih berbau. Macam mana nak guna untuk simpan makanan lain? Apa cara menghilangkan bau tupperware yang tak sedap ni ya?”

‘Tupperware’ atau bekas makanan memang dapat memudahkan kerja harian dan membantu kita mengorganisasikan barangan di dapur dengan efisyen. Ia juga menjadi pilihan utama untuk membawa bekal makanan dan minuman ke pejabat atau sekolah.

Walaubagaimanapun, ada masanya kita mendapati sesetengah bahan makanan atau minuman meninggalkan bau yang kuat sehingga ia sukar dihilangkan daripada bekas makanan tersebut. Malah, kalau terlebih sabun, bekas makana akan berbau sabun pula! Jika diguna semula, di khuatiri dapat menjejaskan rasa makanan yang baru diletak dan seterusnya membantutkan selera kita.

Jangan risau, ada cara menghilangkan bau tupperware anda hanya menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di dapur.

Foto Kredit: thesweethome.com

Foto Kredit: thesweethome.com

Cara Menghilangkan Bau Tupperware Dan Bekas Makanan

Berikut adalah 7 tips praktikal dan cara menghilangkan bau tupperware yang kurang enak ini. Mudah saja!

1. Baking soda

Baking soda atau soda penaik / soda bikarbonat boleh anda gunakan untuk menyerap menghapuskan bau dengan sangat berkesan.

Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan tersebut. Biarkan seketika dan bilas.

Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik tadi dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.

Foto Kredit: homekeepinghq.com

Foto Kredit: homekeepinghq.com

2. Surat Khabar

Gunakan surat khabar lama yang telah diramas dan direnyukkan. Sumbatkan ke dalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman.

Keesokan harinya, bau yang melekat akan terserap ke dalam kertas surat khabar ini. Jangan lupa cuci atau bilas sedikit bekas tersebut sebelum menggunakannya kembali.

Foto Kredit: homesavvyatoz.com

Foto Kredit: homesavvyatoz.com

3. Cuka

Selain bahan di atas, cuka juga adalah agen pencuci semulajadi yang efektif.

Setelah mencuci bekas makanan atau minuman anda dengan air dan sabun pencuci, tuangkan cuka ke dalam bekas dan biarkan selama kurang lebih tiga minit untuk menghilangkan bau tak sedap.

Kemudian, buangkan cuka dan cuci semula dengan sabun dan bilas dengan air.

petua halau semut

Foto Kredit: tescoliving.com

4. Garam

Selepas mencuci bekas makanan atau tupperwaretaburkan sejemput garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam.

Secara semulajadi, garam akan bertindak menyahkan bau makanan atau minuman yang masih tertinggal sekaligus menghilangkan bau tupperware anda.

Foto Kredit: axialind.com

Foto Kredit: axialind.com

5. Perahan Limau Nipis / Lemon

Perahkan limau nipis atau lemon dan gosokkan limau nipis tadi ke seluruh bahagian dalaman bekas tupperware. Biarkan sebentar sekitar 2-3 minit dan bilas semula dengan air bersih.

Menariknya, lemon bukan saja membantu menghilangkan bau tupperware, tetapi ia juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil yang masih tersisa.

Foto Kredit: rightsided.org

Foto Kredit: rightsided.org

6. Serbuk Teh

Satu lagi bahan semulajadi yang boleh menyerap aroma dengan pantas adalah teh. Anda boleh menggunakan serbuk teh yang telah digunakan ataupun belum.

Setelah bekas dicuci, letakkan uncang teh ini dan tutup bekasnya hingga bauan tadi hilang.

Green Tea.

7. Jemur Bawah Matahari

Seterusnya, anda boleh menghilangkan bau tupperware ini dengan memanfaatkan sinaran matahari. Mudah saja, jemurkan bekas makanan yang telah dicuci tadi.

Anda akan mendapati tiada lagi bau yang tersisa di dalamnya.

Foto Kredit: eva.vn

Foto Kredit: eva.vn

Segera Cuci Selepas Digunakan

Tidak dinafikan, aroma makanan memang lazat ketika baru dimasak dan dihidangkan. Tapi, apabila tinggal sisanya saja, tentulah baunya akan bertukar menjadi busuk dan tidak sedap.

Maka, cepat-cepatlah mencuci bekas makanan ini sebaik saja anda selesai menghabiskan makanan di dalamnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×