Sihat

6 Petua Mengatasi Kaki Berbau Secara Semulajadi

Foto Kredit: opas.org.br

“Alamak kena buka kasut ke nak masuk restoran ni. Nampak gayanya kena buka kat tempat jauh-jauh sikit takut orang lain ‘pengsan’ terbau kaki aku yang kuat berpeluh ni. Ishh malu betul. Bukan senang nak mengatasi kaki berbau ni.”

Kaki berpeluh antara punca masalah kaki berbau. Bakteria yang hidup atas lapisan kulit dan dalam kasut suka pada kelembapan seterusnya menghasilkan acid by product yang menjadi punca kepada bau busuk.

Jadi, bagaimana hendak mengurangkan bakteria pada lapisan kulit kaki ini?

6 Petua Mengatasi Kaki Berbau Secara Semulajadi

Berikut adalah petua mengatasi kaki berbau menggunakan bahan semulajadi dan mudah untuk anda lakukan di rumah.

1. Rendam dalam air garam

Isikan satu baldi besar dengan air suam masukkan antara ½ hingga satu cawan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu.

Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

2. Rendam dengan cuka

Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu.

Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.

petua halau semut

Foto Kredit: tescoliving.com

3. Guna air rebusan teh

Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu.

Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk meyerap semua bauan yang tidak menyenangkan!

Foto Kredit: karday.ru

Foto Kredit: karday.ru

4. Pakai stokin yang sesuai

Sebaiknya pakai stokin yang diperbuat daripada nilon dan kapas. Stokin nilon memerangkap perpeluhan di kaki manakala stokin kapas pula memberi ruang bernafas.

Jika anda seorang yang kuat berpeluh terutamanya di bahagian kaki, digalakkan untuk membawa extra stokin dalam beg. Mudah untuk anda menukar stokin apabila berpeluh dengan banyak.

socks_

5. Sembur bahagian dalam kasut

Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria.

Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

mengatasi kaki berbau

Foto Kredit: amazon.com

6. Tabur tepung jagung

Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.

Jangan pandang remeh masalah kaki berbau

Meskipun ia bukan satu masalah yang besar, namun ia boleh menjejaskan penampilan. Malah, ia mungkin boleh menjadi lebih teruk lagi jika tidak dirawat atau diatasi.

Carian Yang Berkaitan:

  • petua atasi kaki berbau
  • petua kaki berbau
  • punca kak
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top