“Malasnya aku nak pakai kasut tinggi ni. Buat susah nak berjalan je. Balik makan malam nanti pun, mesti akan rasa sakit-sakit satu badan. Kalaulah aku tinggi kan senang. Tak adalah terjingkit-jingkit nak capai barang yang tinggi. Apalah agaknya kelebihan orang pendek ni? Ada ke?”
Di Malaysia saja, kita boleh lihat begitu ramai yang bertubuh kecil atau rendah. Walaupun nampak comel, kadangkala ia boleh menjadikan seseorang berasa ‘insecure’ dan kurang yakin berhadapan dengan orang lain. Malah, bukan setakat wanita saja yang mengalami masalah ini, lelaki juga tidak dapat lari daripadanya.
Namun, siapa kata orang yang rendah tak ada keistimewaan? Mereka ada ini ‘super power’ tensendiri juga!
6 Kelebihan Orang Pendek & Bertubuh Kecil Yang Kita Terlepas Pandang
Di sini kami senaraikan beberapa kelebihan orang pendek dan bertubuh kecil molek. Antaranya memang telah terbukti oleh penelitian sains.
1. Anda Lebih Sihat
Dari sudut kesihatan, didapati orang yang bertubuh rendah ini mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Malah, ada bukti yang menunjukkan bahawa golongan ini kurang terdedah kepada kanser, terutamanya kanser kulit dan kanser payudara.
BBC News melaporkan bahawa bagi setiap ‘lebihan’ 10cm ketinggian, risiko terkena kanser akan meningkat sebanyak 18% bagi wanita dan 11% bagi lelaki. Kajian terbaru juga mendapati bahawa mereka yang mempunyai kaki yang panjang lebih berisiko untuk mendapat penyakit kanser kolorektal, seperti yang dinyatakan oleh HuffingtonPost.
Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa pertumbuhan kanser banyak bergantung kepada cara hidup dan juga pemakanan.

Foto Kredit: kalamsaha.com
2. Seorang Yang Setia
Ini berita baik bagi anda kaum lelaki (dan juga kaum wanita yang sedang mencari pasangan hidup). Menurut majalah terkemuka, Men’s Health, dilaporkan bahawa lelaki yang rendah adalah lebih setia terhadap perkahwinan mereka.
Jika dibuat perbandingan, kajian tersebut mendapati lelaki yang berketinggian kurang daripada 170cm mempunyai kurang kebarangkalian untuk bercerai. Selain itu, mereka juga didapati lebih aktif dan sihat secara seksual.
3. Tak Ada Masalah Untuk ‘Menyelit’
Dalam masa-masa ‘kecemasan’ tubuh yang kecil sangat berguna. Contohnya ketika mengharungi kawasan yang sesak dengan orang ramai. Tentu lebih mudah untuk anda melepaskan diri ataupun bersembunyi daripada seseorang daripada keadaan sedemikian.
Selain itu, kalau kita balik kampung, tak perlu risau nak cari tempat tidur kerana anda tak perlukan ruang yang besar. Malah, boleh ‘menyelit’ saja di mana-mana. Kaki pun takkan ‘terjulur’ keluar daripada katil.

Foto Kredit: buytaert.net
4. Lebih Ruang ‘Legroom’ Dalam Kenderaan
Siapa kata kelebihan ini tak penting. Kalau anda minat travel, tentu anda akan faham kesusahannya.
Tak kiralah dalam kereta, bas atau kapal terbang, ‘legroom’ yang lebih sudah tentu dapat memberikan keselesaan – lebih-lebih lagi jika sedang berjalan jauh.
Untuk sesetengah penerbangan tambang murah, anda akan dicaj ‘extra’ kalau mahukan keselesaan ini!

Foto Kredit: travelbook.de
5. Nampak Lebih Muda
Hal ini tak perlu dibuktikan lagi. Memang ramai yang telah mengalaminya, lebih-lebih lagi apabila anda mula menginjak usia 20-an.
Ibu-ibu yang sudah berumur 30-an pun kadangkala disalah anggap sebagai gadis lepasan SPM. Ini semua gara-gara kecomelan mereka!

Foto Kredit: crosswalk.com
6. Berpeluang Jadi Selebriti
Ramai selebriti di Malaysia sebenarnya mempunyai ketinggian ‘average’ seperti kita. Mereka cuma nampak tinggi kerana anda tidak melihat mereka dalam dunia sebenar.
Antara selebriti lelaki antarabangsa yang agak rendah adalah Bruno Mars, Daniel Radcliffe, Tom Cruise, dan Elijah Wood. Arianna Grande, Kylie Minogue, Selena Gomez, Scarlet Johannsen, dan Hayden Panettiere. Ternyata, walaupun sentiasa berhadapan dengan lensa kamera dan orang ramai, mereka tetap yakin dengan penampilan mereka.
Ini membuktikan bahawa ramai orang masih boleh terkenal dan berjaya walaupun mereka tidak tinggi seperti model. Jadi, tanggapan bahawa orang tinggi lebih menarik adalah salah sama sekali.

Hayden Panettiere hanya berketinggian 5’0″ iaitu 152cm. / Foto Kredit: popsugar.com
Raikan Keunikan Diri Sendiri
Walau apa pun kelebihan orang pendek, genit, besar mahupun tinggi, kita seharusnya berasa bangga dengan anugerah Tuhan yang telah dikurniakan. Semua ciri ini adalah sebahagian daripada diri kita dan pandanglah ia dari sudut yang positif. Maka, tak perlulah rasa rendah diri atau malu.
Tak mungkin orang lain dapat menghargainya jika kita sendiri tidak berasa selesa terhadapnya, bukan?