Dapur

Setiap Kali Makan Dapat Kuih Lemau? Ini Petua Bakar Biskut Untuk Dicuba Raya Kali Ini!

26
SHARES
petua bakar biskut

Salah satu hidangan yang paling dinantikan menjelang musim perayaan ini ialah biskut raya. Sebut je raya, memang orang akan ingatkan makanan ini. Namun, apa yang menyakitkan hati adalah apabila makan biskut tapi rasanya lemau! Jangan risau, sebenarnya ada petua bakar biskut supaya biskut rangup dan paling penting, tahan lama.

Untuk pengetahuan anda, nak bakar biskut pun sebenarnya ada tipsnya sendiri. Bukan boleh bakar begitu sahaja. Ada rahsia bagaimana nak kekalkan biskut raya yang rangup sehingga akhir Aidilfitri dan paling penting tahan lama untuk dijamu kepada tetamu. Tak perlu beli biskut raya baru selepas ini, guna petua ini je pasti hasil biskut anda memang ‘wow’ .

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

PETUA BAKAR BISKUT RAYA

1. Baca dan fahamkan resipi biskut anda. Kemudian, sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan sebelum mula membakar.

2. Bahan-bahan kering seperti tepung, oats, garam, soda bikarbonat mestilah digaul bersama supaya udara dapat masuk (aeration). Sukat menggunakan cara “dip and level”. Masukkan sukatan cawan atau sudu dan guna belakang pisau untuk meratakan.

petua bakar biskut

3. Bahan cecair seperti susu, air, minyak dan lain-lain, anda perlu menggunakan sukatan kaca mengikut aras mata (eye level).

4. Demi mendapatkan adunan yang rata, bersihkan tepi acuan pembancuh ketika mengadun.

5. Adunan biskut di loyang pembakar perlu anda jarakkan agar biskut dapat dibakar dengan kepanasan yang seimbang.

6. Anda mesti menyapukan mentega putih atau shortening ke loyang pembakar, bukannya butter atau marjerin. Ini kerana butter dan marjerin mudah hangus dan juga akan berbekas pada loyang pembakar. Seterusnya, taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar serta  buang lebihan tepung.

petua bakar biskut

7. Anda perlu membakar satu dulang adunan biskut pada satu masa agar udara panas dapat membakarnya dengan seimbang. Seterusnya, anda perlu meletakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar agar udara panas mudah mengalir.

Ada juga ketuhar yang mempunyai ‘hot spot’ di mana biskut akan cepat masak pada kawasaan tersebut. Apabila telah hampir setengah masa waktu membakar, putarkan loyang pembakar.

8. Panas ketuhar selama 15 minit sebelum membakar.

9. Kebiasaannya dalam resipi ada menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Anda boleh menggunakan ‘timer’ dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan seterusnya cuba periksa sama ada biskut sudah pun masak atau tidak.

10. Pastikan biskut yang baru dibakar betul-betul sejuk sebelum anda menyimpan ke dalam bekas. Ini adalah untuk mengelakkan biskut anda tidak rangup dan cepat lemau.

11. Untuk mengelakkan bau biskut anda bercampur bersama yang lain, simpannya ke dalam berlainan bekas. Bagi biskut yang rangup, anda boleh menyimpan di dalam bekas kedap udara.

petua bakar biskut

12. Paling lama biskut boleh dibekukan adalah untuk sebulan. Anda boleh membungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap jika hendak membekukan plastik. Jangan lupa untuk melabelkan dengan hari bulan sebelum anda membekukannya dalam peti sejuk.

Semoga biskut raya anda semua kali ini menjadi! Biskut yang sedap pasti dapat menarik lebih ramai pengunjung ke rumah pada musim perayaan ini. ‘Confirm’ semua puas hati dengan biskut yang dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Petua Malaya 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×