makanan

Biskut Raya Dah Lemau? Ini Cara Nak Bagi Biskut Raya Rangup Balik

62
SHARES
biskut lemau jadi rangup

Bila tiba Hari Raya, pasti ada pelbagai jenis biskut raya akan terhidang atas meja. Selalu semasa raya kita akan beli atau dapat biskut-biskut raya dalam kuantiti yang banyak. Raya kan sebulan? Tapi kadang-kadang itu, tak sampai sebulan dah lemau dan tak ranggup! Nak buang dan beli baru rasa macam rugi.

Jadi, seorang pengguna TikTok @n_iyliamarz telah berkongsi cara bagaimana nak buat biskut yang dah lemau jadi rangup balik. Nampak macam mustahil tapi anda juga boleh cuba untuk menentukan keberkesanannya.

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Cara Melawan ‘Penyakit Malas’, Barulah Hidup Produktif!

CARA NAK BUAT BISKUT LEMAU JADI RANGUP, BARULAH SEDAP

biskut raya lemau jadi rangup Biskut raya jika salah cara penyimpanannya, akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan tidak sedap. Namun jangan risau kerana ada caranya untuk buat biskut itu akan rangup dan sedap balik! Antara caranya adalah dengan:-

1. Letakkan biskut raya yang lemau tersebut ke dalam dulang oven.

2. Terbalikkan setiap biskut yang lemau tadi.

3. Masukkan ke dalam oven selama 10 hingga ke 15 minit dengan suhu 120 hingga 150 mengikut jenis oven.

Kemudian dah siap! Biskut raya anda akan kembali menjadi rangup dan sedap semula. Tak payah dah nak buang dan rugi. Selamat mencuba!

Video penuh:

@n_iyliamarz

Jangan lepas raya terus nak buang tau! Membazir amalan x baik 🤗 #businesscheck #fyp #buwatjetiktok #foryoupage #raya2022 #gawai2022

♬ Glitch Mode Raya Remix – Abe Moon – Abe Moon

Sumber: TikTok @n_iyliamarz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×