Terapi

Doktor Kongsi 5 Cara Melawan ‘Penyakit Malas’, Barulah Hidup Produktif!

1
SHARES
tips melawan kemalasan

Malas itu merupakan perkara yang biasa. Akan tetapi, kemalasan yang teruk seperti boleh menjejaskan kehidupan seharian amatlah tidak bagus untuk kesihatan mental kita.

Oleh sebab itu, sebaiknya tabiat buruk ini perlu dihilangkan. Seorang doktor telah berkongsi di TikToknya @zachbaudelaire33 berkenaan dengan cara melawan kemalasan dan supaya lebih produktif!

Baca juga: Semakin Jelita & Bijak Kewangan Gadis Zaman Kini, Semakin Cerah Masa Depan- Pakar

TIPS MELAWAN KEMALASAN

Malas merupakan sebuah tabiat yang kurang baik. Jika dibiarkan begitu saja, rasa malas boleh membuat seseorang itu tidak maju ke hadapan.

Bagaimana cara menghilangkan rasa malas? Pertanyaan tersebut biasanya dilontarkan oleh seseorang yang sedar bahawa dirinya terlalu sering membuang waktu, namun belum boleh keluar dari zon selesa. Antara tips untuk melawan kemalasan adalah dengan:

1. Kena paksa diri sendiriWhy You Need to Stop Pushing Yourself So Hard at Work - Lolly DaskalKalau nak ikut malas, sememangnya semua benda kita akan malas. Jadi cubalah untuk menolak diri sendiri supaya untuk melakukan sesuatu. Jangan baring sahaja main telefon.

2. Senaraikan benda yang kena buatHow To Write A To Do List That You'll Actually Stick ToKadang-kadang kita rimas nak buat apa sebab tidak tahu nak bermula dari mana. Jadi dengan menyenaraikan benda yang kena buat, semestinya otak kita akan lebih teratur untuk membuat kerja yang mana dahulu.

3. Jangan bertangguh-tangguhHow to stop procrastinating todayCara yang utama dalam menangani masalah kemalasan ini adalah dengan memaksa diri sendiri untuk membuat kerja dengan segera.

Apabila kerja semakin banyak, semestinya kita akan semakin liat untuk membuatnya kerana tiada motivasi dan merasa terbeban.

4. Kena fokusHow to stay focused at work, even when it feels impossible | TypetalkApabila melakukan sesuatu kerja itu, anda perlulah fokus kerana jika membuat dengan secara sambalewa, semestinya sesuatu kerja itu akan siap lambat.

5. Berikan ganjaran kepada diri sendiriChilling Stock Photos, Royalty Free Chilling Images | DepositphotosIni adalah inisiatif untuk diri sendiri supaya lebih semangat menghabiskan kerja. Jadi, apabila kita melakukan sesuatu tugasan itu, semestinya kita akan lebih bersemangat kerana tahu akan mendapat ganjaran selepas itu.

Maksud memberi ganjaran tidak semestinya hanya membeli belah sahaja. Benda yang simple sepert masa berehat sehari pun dikira sebagai self reward!

Diharapkan tips ini dapat membantu anda!

Video penuh:

@zachbaudelaire33

Lawan malas tu 😅🙏🏻 #fyp #foryoupage #uni #student #education #motivation #lecturer #tips #tiktokmalaysia #positivevibes

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Sumber: TikTok @zachbaudelaire33

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×