Nur

Suami Tersedar Di Malam Pertama, Nikahi Isteri Tiada ‘Dara’, Lidah Kelu Tak Terkata!

13
SHARES
perempuan tiada dara

Dalam banyak budaya, wanita yang mempunyai dara sehingga perkahwinan menerima pandangan tinggi dari masyarakat. Di mana, status dara dianggap sebagai lambang kehormatan dan kesucian seorang wanita. Lalu, bagaimana pula dengan perempuan tiada dara sebelum berkahwin?

Berikut perkongsian daripada Fahmi Ramli, Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL dan Selangor.

Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

PEREMPUAN TIADA DARA

perempuan tiada dara

Gambar: freepik

Nikah isteri tiada ‘dara’, suami tersedar di malam pertama

Petang semalam, ada satu soalan ditujukan kepada saya oleh seseorang lelaki. Katanya dia malu nak ceritakan tapi mahu pandangan daripada saya.

Katanya, dia berkahwin dengan seorang wanita yang masih anak dara. Dia hanya kenal dalam 5 bulan sahaja sebelum bernikah. Itu pun selepas bertunang.

Jadi, selepas nikah, sewaktu ‘malam pertama’ dia mendapati isterinya tidak mempunyai dara. Dia agak terkejut dan gusar adakah tindakan dia berkahwin itu satu tindakan salah?

Dan, dia bertanyakan kepada saya, adakah wanita yang sudah tiada dara itu masih boleh dianggap ‘Anak Dara’ atau berstatus janda?

Baca juga: Urutan ‘Petik Mangga’ Suami Isteri, 9 Langkah Layanan Batin Yang Lebih Romantis!

Pandangan Fiqh

Ibn Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni menjelaskan status seorang gadis yang kehilangan dara berdasarkan sebab yang berbeza seperti berikut:

  1. Jika selaput dara (hymen) gadis itu rosak kerana terjatuh atau kerana keluar aliran darah haid yang terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka statusnya MASIH dara/gadis.
  2. Jika gadis itu disetubuhi melalui duburnya, maka statusnya masih dara.
  3. Jika hilang daranya kerana persetubuhan paksa atau disetubuhi ketika tidur atau wanita gila yang disetubuhi, maka hukumnya sama seperi janda mengikut pandangan yang terkuat. Namun, ada yang menyatakan wanita itu masih dara.

Kalau wanita itu hilang dara kerana persetubuhan secara sedar?

Bagi Imam Ahmad dan As-Syafie, gadis yang disetubuhi melalui farajnya sama ada persetubuhan itu halal atau haram, maka statusnya tetap dikira janda.

Lain pula dengan Imam Malik dan Abu Hanifah, gadis yang disetubuhi secara tidak halal, maka hukumnya masih dikira sebagai gadis. Imam Abu Hanifah memperincikan dengan syarat yang perzinaannya itu tidak diketahui umum.

Namun, ada pandangan yang paling rajih dan digunakan sebagai ijtihad ulama kini. Menyatakan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara kerana zina, masih dikira anak dara kerana persetubuhan yang berlaku bukan persetubuhan yang halal.

Baca juga: Mengikut Kajian Suami Curang Lebih CEPAT MATI & Ini Sebabnya, Awas Ya Abang!

perempuan tiada dara

Gambar: rawpixel.com

Undang-undang

Membezakan antara Dara & Janda di sisi Undang-undang, ialah mereka yang telah berkahwin atau masih belum berkahwin.

  1. Di dalam undang-undang, Seksyen 2 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008, anak dara itu ditafsirkan sebagai perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau belum.
  2. Janda pula dalam seksyen yang sama ditafsirkan sebagai perempuan yang telah bernikah secara sah disisi undang-undang dan telah diceraikan setelah bersetubuh. 
  3. Janda berhias’ iaitu seorang perempuan yang telah bercerai sebelum dia bersetubuh dengan suaminya dalam tempoh perkahwinan. Hakim boleh benarkan dia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain tanpa perlu bereddah. Statusnya masih lagi boleh dianggap dara.

Selain itu, wanita yang walaupun mungkin telah bersetubuh secara tidak sah sebelum berkahwin, mereka masih boleh dianggap sebagai anak dara.

Wanita yang janda perlu dapat izin?

Bagi wanita yang sudah janda, keizinan dirinya untuk berkahwin adalah perlu. Wali Mujbir tidak boleh mengahwini anak perempuannya yang janda tanpa mendapat persetujuan daripada tuan punya badan.

Tapi, bagi wanita yang masih dianggap sebagai anak dara, Wali Mujbir berhak untuk mengahwinkan anak perempuannya kepada mana-mana lelaki pilihannya. Tanpa perlu mendapat izin daripada anak dara tersebut, meskipun mungkin wanita itu telah tiada daranya.

Baca juga: Luar Biasa! Makan Nanas Rupanya Boleh Tingkatkan Reproduktif Lelaki

Kesimpulan

Perkahwinan ini perlu ada kejujuran dan perlu ada penerimaan yang ikhlas. Kita perlu tahu, kadang-kadang soal dara yang sudah tiada ini adalah suatu yang sukar untuk ditentukan. Tambah-tambah pula jika seorang wanita itu adalah wanita yang aktif dalam bersukan.

Jangan disebabkan isu dara tersebut, seorang suami dengan mudah hendak terus menceraikan isterinya. Sebaiknya, berbincang dan cuba selami kisah silam dan belajar untuk memaafkan.

Mungkin, ada anak dara yang pernah lakukan kesilapan. Tapi, apa kurangnya dengan anak teruna yang kita pun belum tahu masih terjaga keterunaannya. Belajar untuk memaafkan dan belajar untuk memperbaiki kesilapan.

Jangan over bab wanita hilang dara, kalau lelaki pun tak tahu masih teruna atau tak.

Fahmi Ramli, Peguam Syarie.

Baca juga: Geram Suami Tak Bantu Urusan Rumah, Isteri Cuba Buat 8 Tips Ini, Harap Menjadi!

Sumber: Fahmi Ramli

FT Image: rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×