Asuh

Anak Sulung Luah Rasa Terabai Atas Lukisan, Ibu Luluh Hati Menangis!

12
SHARES
perasaan anak

Mengetahui perasaan anak kecil secara terangan dapat dibaca dari pelbagai bentuk termasuklah melalui sebuah lukisan. Lebih-lebih lagi melibatkan emosi anak sulung.

Perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas, sebagaimana dengan perkongsian seorang ibu ini. Di mana, ibu kepada tiga orang anak ini tidak menyangka luahan hati anak sulungnya melalui lukisan telah mengundang sebak pada dirinya.

Baca juga: Patutlah Ramai ‘Influencer’, Sifat No. 7 Termasuk 9 Personaliti Anak BULAN MEI!

PERASAAN ANAK MELALUI LUKISAN

perasaan anak

Gambar: Tiktok @intanarsya333

Melalui pemilik Tiktok @intanarsya333 ,  anaknya Aurora telah mengekspresikan rasa terabai dari kedua ibu dan bapanya. Luluh hati Intan apabila melihat lukisan anak sulungnya itu.

“Luluh hati seorang ibu bila tengok lukisan anak. Masuk-masuk bilik tengok ada lukisan atas meja. Bila tengok betul-betul baru faham.”

Baca juga: Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

Apabila Intan bertanyakan kepada anaknya itu, si kecil seolah-olah memberitahu dirinya berasa tersisih dengan layanan ibu bapa yang memberikan perhatian lebih kepada adik-beradiknya yang lain.

“Tanya Aurora, kenapa lukis macam ini. Dia kata sebab mommy papa tak sayang kakak, sayang adik dengan Dida sahaja.

“Terus laju air mata jatuh…terus rasa macam ibu yang gagal. Mommy dah sedaya upaya berikan yang terbaik buat anak-anak mommy semua,” tulis Intan di video tersebut.

Baca juga: Ilmu Parenting Didik Anak Aunty Cina Ini Memang ‘Power’! Anak Semua Berjaya

“Maafkan mommy, kakak…”

Dapat dilihat dalam lukisan tersebut, Aurora melukiskan dirinya dengan wajah yang sedih bersendirian terasing dari ahli keluarganya yang lain. Manakala, wajah kedua ibu bapanya dan dua adiknya kelihatan begitu gembira di dalam sebuah bentuk hati.

Intan melalui kapsyen videonya, meminta maaf kepada Aurora seandainya pernah mengguriskan hati si kecil itu. Selain, mengakui tidak pernah memilih kasih ketika membesarkan tiga orang anaknya.

“Maafkan mommy, kakak…mommy sayang kakak sangat-sangat tau. Tak pernah ada pilih kasih,” tulis Intan.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

Sumber: Tiktok @intanarsya333

FT Image: jeswin / Tiktok @intanarsya333

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×