40 Minggu

“Payudara Saya Bengkak Susu, Betul Ke Boleh Rawat Guna Kubis?”- Ini Jawapan Pakar

388
SHARES
payudara bengkak

“Aish, kenapa tiba-tiba pula sakit payudara aku ni selepas menyusu anak? Payudara bengkak pula tu..”

Menyusu merupakan proses penyusuan yang panjang bagi seorang ibu hingga usia bayi dua tahun atau lebih. Namun begitu, ada pelbagai masalah yang harus dihadapi ibu ketika cuba menyusukan bayi, antaranya adalah bengkak susu. Bengkak susu adalah apabila payudara anda mengeras tapi susu tak mahu keluar atau sedikit saja. Bemula dengan masalah susu ibu kurang, payudara anda akan merasa sakit dan puting luka sehingga payudara membengkak.

Jadi, ini adalah perkongsian dari pakar mengenai teknik menggunakan kobis untuk mengurangkan sakit bengkak susu yang dialami oleh mak-mak.

Baca juga: Kenapa Bayi Aktif Menendang Pada Waktu Malam? Mama Kena Risau Tak?

PAYUDARA BENGKAK SUSU, BOLEH RAWAT GUNA KOBIS?

payudara bengkak

“Payu dara bengkak susu ( breast engorgement ). Apa nak buat? Boleh guna Kobis tak Dr? “

Tengok balik teknik penyusuan, tanya misi atau doktor semula. Selalu perah susu. Walaupun baby dah kenyang. Perah dan simpan. Selalu buat. Jangan lupa. Sebelum bengkak susu terjadi nak kena buat siap-siap. Semua benda tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit. Boleh try guna kobis.

MACAM MANA NAK BUAT?

payudara bengkak

-Ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih

-Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).

-Letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.

-Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

Kalau makin sakit , atau breast makin bengkak, merah menyala, atau ibu demam, cepat-cepat jumpa Dr. Nak kena periksa. Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman ( mastitis ) atau bernanah ( abscess ) Lupa nak cakap, kobis lepas letak kat dada tu sila lah buang. Jangan guna semula untuk buat masak lemak kobis atau ulam pula.

Sumber: Dr.Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×