Famili

Usah Ikutkan Sangat Kehendak Pasangan Terlalu Boros, Guna Cara Ini, Pasti Berhasil!

13
SHARES
pasangan terlalu boros

Duit adalah aspek penting dalam sebuah keluarga terutama rumah tangga yang baru dibina. Jika pasangan terlalu boros, pasti anda akan rungsing kerana tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan kelakuan itu selamanya. Oleh itu, penting untuk berbincang soal duit sebelum memulakan rumah tangga bersama pasangan.

Duit boleh memecah-belahkan sebuah keluarga. Penting untuk mengetahui kaedah perbelanjaan pasangan supaya dapat memastikan mereka tidak terlalu boros. Jika ingin memulakan rumah tangga, anda perlu mengatur kewangan supaya tidak akan ada pergaduhan di masa depan. Oleh itu, ikuti tips penulis mengenai cara berhadapan dengan pasangan terlalu boros supaya dapat mengubah tabiat mereka.

Baca juga: Tips Simpan Duit Dengan Mudah, Setahun Boleh Cecah RM 3 Ribu

 CARA BERBINCANG MENGENAI TABIAT PERBELANJAAN PASANGAN TERLALU BOROS

Penting untuk memahami persoalan tabiat dan juga keutamaan perbelanjaan antara anda dan pasangan. Menurut pakar psikologi Robyn Landow, cara terbaik untuk memulakan perbualan ini adalah dengan membuat matlamat bersama dan cara mencapainya.

APA TAK PATUT CAKAP KETIKA BERBINCANG SOAL TABIAT BELANJA PASANGAN

pasangan terlalu boros

Perkara paling penting untuk memulakan perbincangan berkenaan kewangan adalah mencari masa dan tempat yang tepat. Jangan pula menyerang pasangan terlalu boros anda ketika berbincang. Cari waktu di mana kedua-dua pihak berada dalam kondisi yang tenang dan boleh fokus terhadap intipati perbincangan tersebut.

Satu kesilapan yang sering berlaku adalah memulakan perbualan seperti “Saya rasa awak dah berbelanja terlalu banyak.” Tuduhan ini akan menyebabkan pasangan anda terkejut lantas meletakkan diri mereka dalam mode defensif. Tahukah anda pertahanan diri dalam perbualan menyebabkan objektif perbincangan tidak akan tercapai.

Ini adalah ayat yang perlu anda elakkan bersama pasangan terlalu boros:

  • Saya rasa kita kena tengok peralihan keluar masuk duit dalam rumah ni.” (Anda kedengaran seperti seorang juruaudit).
  • Awak belanja duit sama je macam mak awak.” (Mungkin ianya betul tetapi tak semua orang ingin mengaku mereka mewarisi sifat ibu bapa yang tidak baik).
  • Tak susah pun kan nak kurangkan perbelanjaan.” (Sebaiknya pasangan anda menyedari kenyataan ini daripada diberitahu secara face to face).
  • Perlu sangat ke beli benda tu?” (Mungkin pasangan terlalu boros anda melakukannya untuk sebab yang tidak diketahui).
  • Awak tak patut pun beli benda tu.” (Ini menunjukkan anda tidak faham kehendak pasangan sendiri).

CARA BERBINCANG YANG SEBETULNYA SOAL TABIAT PERBELANJAAN PASANGAN TERLALU BOROS

pasangan terlalu boros

Cuba untuk mulakan perbualan seperti, “Awak sedar tak kita dah lama tak ada perbualan mengenai duit dan matlamat masing-masing. Saya nak kita discuss pasal ni.” Cara ini paling berkesan kerana ia adalah satu pelawaan dan bukan tuduhan terhadap pasangan.

Memandangkan perbualan seperti ini memerlukan rentaknya tersendiri, jadi anda boleh memulakan dengan menanya soalan general yang menyumbang kepada falsafah kewangan yang luas. Soalan seperti “Apa paling penting bagi awak?” boleh merungkai senarai keutamaan pasangan anda.

Menurut pakar, soalan seperti “Apa yang paling awak takut dan kenapa?” juga membantu kerana duit berkait rapat dengan emosi seseorang. Dengan menanyakan soalan seperti ini, anda sebenarnya sedang mengenali apa yang mendorong kelakuan tertentu pasangan. Boleh juga berkongsi dengan pasangan bahawa anda tidak merasakan selesa berkaitan perbelanjaan di dalam rumah.

Paling penting adalah untuk memahami antara satu sama lain. Melalui itu, anda boleh mencapai lebih banyak keperluan dan keutamaan yang diperlukan dalam sebuah rumah tangga. Tegaskan kepada pasangan bahawa jika terlalu boros, ia akan mendatangkan keburukan di masa depan bukan sahaja kepada kedua-dua pihak tapi juga kepada anak-anak.

Set satu matlamat kewangan seperti jumlah yang ingin anda simpan untuk keluarga bersama pasangan, Contohnya, simpanan untuk yuran kolej anak. Lama-kelamaan perbualan ini akan menjadi lebih spesifik seperti “Jadi, macam mana prestasi kita? Dah berapa banyak kita simpan?”. Paling best, pasangan yang terlalu boros inilah yang bertanyakan soalan seperti ini nanti.

CARA FOLLOW UP PERBINCANGAN BERKAITAN TABIAT PERBELANJAAN

pasangan terlalu boros

Perbualan mengenai kewangan keluarga tak pernah cukup diadakan sekali. Ia perlu kerap dilakukan untuk memastikan kedua-dua pihak masih di jalan dan pemikiran yang sama. Selepas perbincangan, penting untuk anda berkata “Kita dah banyak bincang, jom rehat sekejap.” Ini untuk memberikan masa kedua-dua pihak memahami apa yang telah dibincangkan.

Penting untuk anda mengingatkan pasangan untuk menyertai perbincangan mengenai kewangan sekali lagi di waktu lain. Pilih satu tarikh dan rancang objektif perbincangan seterusnya sebaiknya.  Ini untuk mengelakkan daripada salah seorang tidak bersedia dengan perbualan itu.

pasangan terlalu boros

Tips lain adalah cari tahu bagaimana cara nak baik pulih sesi perbincangan ini di masa depan. Ini adalah taktik untuk mengekalkan hubungan yang baik antara anda dan pasangan. Pakar mengatakan apabila menanyakan idea daripada pasangan, ia membuatkan mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan akhirnya membuatkan mereka menyertai bekerja sebagai satu kumpulan bersama anda.

Jadi, tak susah kan nak berbincang dengan pasangan terlalu boros ini? Paling penting sekali kefahaman yang tinggi antara dua pihak. Komunikasi juga perlu sentiasa ada dalam rumah tangga untuk setiap pihak menyatakan apa yang terbuku dalam hati.

Sumber: Fatherly 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×