Kewangan

Kewangan Lebih Stabil, Ini Sebab Kenapa Kena Lantik Isteri Jadi ‘Gabenor Bank’ Keluarga

66
SHARES

“Duit suami duit isteri, duit isteri pun duit isteri juga..”

Mesti ramai dalam kalangan anda yang pernah dengar ayat sebegini bukan? Menguruskan kewangan khususnya bagi pasangan suami isteri bukanlah perkara yang mudah. Namun, ramai yang mencadangkan bahawa kewangan rumahtangga sebenarnya perlu diserahkan kepada si isteri. Kenapa si isteri yang lebih sesuai jadi ‘gabenor bank keluarga’? Ini jawapannya.

LANTIK ISTERI JADI ‘GABENOR BANK KELUARGA’

1. Jika selama perkahwinan ini gaji kita hanya mampu bertahan dua minggu sahaja, minggu berikutnya berbaki RM10.37 sahaja. Sudah masanya, kita melantik isteri sebagai Gabenor Bank Keluarga kita. Saya yakin para isteri mampu memainkan peranan sebagai penentu bajet keluarga, tugas gabenor baru:

– Tahu gaji suami berapa

– Sediakan perancangan kewangan keluarga

– Catat segala belanja

– Usaha kurangkan belanja tidak perlu.

– Sediakan panduan perbelanjaan keluarga

-Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga

– Sediakan hukuman jika langgar panduan perbelanjaan keluarga.

-Rancang, bila nak ada rumah pertama

2. Langkah pertama tunjuk slip gaji pada isteri dan biarkan mereka merancang kewangan keluarga.

3. Kita ternyata gagal. Buku Penyata Perancangan Wang Keluarga (BPPKK) oleh Bank Negara hanya seringgit cuma jika beli di BNM. Isi bersama sambil tonton Maharaja Lawak Mega atau Berita TV3.

4. Sudah masanya kita tukar jurulatih yang lain jika pasukan kita tak pernah menang liga, asik jaring gol sendiri aja.

Isteri mesti teruja jika kita lantik mereka jaga belanja keluarga bersama. Tetapi pastikan isteri kita buka ‘kaki Lazida dan Shopie sepanjang masa. Gelap masa depan keluarga kita.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×