Kewangan

Tips Simpan Duit Dengan Mudah, Setahun Boleh Cecah RM 3 Ribu!

1.1K
SHARES

Ramai di luar sana telah cuba untuk menabung tapi akhirnya kecundang untuk melakukannya. Sebenarnya,untuk menabung memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi supaya hasilnya lebih memuaskan. Oleh itu, duit untuk berjoli, barang kemahuan perlulah dikorbankan dahulu. Jadi, lelaki ini telah kongsi tips untuk menabung dalam masa setahun dan simpanan boleh cecah RM 3 000.

SIMPANAN SETAHUN CECAH RM 3,306

Nak simpan duit setahun RM3,306? Jika tahun 2019 kita terkandas untuk simpan duit, takpa tahun 2020 ni kita pulun sehabis baik sampai jadi. Bawah ni saya ada tips yang kita boleh ikut untuk simpan duit setahun RM3,306.

KONSEP MENABUNG SETIAP HARI, MINGGU & BULAN

RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.

RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.

RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.

RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.

RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov). Total setahun RM300.

RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis). Total setahun RM600.

DIGANTI DENGAN ASET EMAS PUN BOLEH

Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran Plan tukar kepada aset emas pun boleh, kalau ikut harga hari ni RM214, dah boleh dapat 15 gram. InsyaAllah duit tu akan bertahan lebih lama.

*Senang-senang je setahun boleh cecah 3 ribu ringgit.

Sumber: Nik Nur Alif Faisal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×