Kini Trending

Dah Ada Rumah Idaman Tapi Tak Cukup Duit? Belum Terlambat Untuk Menyimpan, Cuba Je 5 Cara Ini

196
SHARES

Kredit foto: IStockPhotos.com

Bila sebut tentang rumah idaman mesti ramai yang mula terbayang konsep dan dekorasi untuk rumah masing-masing kan?

Bukan apa, rumah sendiri dan menyewa ini tak sama rasanya. Bila ada rumah sendiri, kita akan rasa lebih excited dan seronok untuk hias rumah.

Bukan senang, nak senang!

Namun begitu, nak beli rumah bukanlah hal remeh, banyak benda yang perlu anda ambil kira terutama sekali daripada segi kewangan.

Faktor kemampuan juga merupakan salah satu batu penghalang untuk kita memiliki rumah kat Malaysia ni. Maklumlah sekarang ni semua benda dah mahal.

Tapi jangan risau, admin ada berita baik buat korang yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)!  

Simpanan korang di Akaun 2 boleh bantu meringankan proses pembelian rumah korang.

Jom admin bagi tau cara nak beli rumah!

Ini apa yang perlu anda lakukan demi memiliki rumah idaman!

1. Jangan sakan self-reward

Kredit foto: giphy.com

Walaupun dah diingatkan berkali-kali tapi orang kita memang suka membazir, tak salah nak berbelanja atau self- reward sekali-sekala namun biarlah berpada-pada.

Jika ada duit lebih, simpan duit tersebut dan elakkan daripada menggunakannya melainkan ada hal-hal kecemasan.

2. Jangan kumpul hutang

Belanja mengikut kemampuan dan jangan sampai berhutang. Nanti bila hutang dah bertimbun, menyesal pula.

Kredit foto: time.com

Lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai kad kredit, anda haruslah bijak menguruskan perbelanjaan harian. Elakkan pembaziran dengan berbelanja  di luar kemampuan semata-mata sebab ada kad kredit.

Nanti anda juga yang menangis nak membayarnya.

3. Buat tabung khas

Kebanyakan aplikasi perbankan sekarang dah ada ciri simpanan secara automatik, anda tinggal daftar je.

Selain menyimpan, anda juga boleh menjejaki perbelanjaan anda melalui aplikasi Belanjawanku di App Store, AppGallery dan Google play.

Aplikasi ini dapat membantu anda memantau dan mencapai misi anda untuk membeli rumah.

Ambil peluang ini dan cuba menyimpan secara berkala setiap bulan. Ingat, kita ada rumah nak dibeli. Jadi, kena konsisten menyimpan!

4. Jangan gatal nak keluarkan simpanan

Ini lagi satu hal, janganlah kacau duit simpanan itu! Biasakan untuk tidak ambil duit simpanan melainkan benar-benar terdesak.

Caruman atau simpanan wajib seperti KWSP kalau boleh jangan kacau langsung, sebab itulah bekal anda di hari tua nanti. 

Simpan dulu, belanja bila tiba masanya!

5. Simpanan KWSP boleh bantu anda miliki rumah idaman

Kredit foto: KWSP

Kita semua tahu yang KWSP ni dibahagi pada dua akaun. Akaun 1 untuk masa bila anda bersara, tapi kalau nak guna untuk biayai rumah idaman anda, boleh la guna dari Akaun 2 ini. Maklumat mengenai pengeluaran Akaun 2 boleh di dapati di SINI.

Pada admin ini adalah cara paling selamat dan mudah untuk memiliki rumah idaman. Lagipun, menyimpan di KWSP tidak membebankan dan banyak manfaatnya tau!

Hanya 18.4% ahli KWSP capai tahap minima simpanan yang ditetapkan

Kredit foto: kosmo.com

Ada orang rasa simpanan KWSP tak relevan sebab duit penting untuk kegunaan sekarang, masa tua nanti boleh fikir lain.

Jangan macam tu, dah tua nanti kita semua dah tak larat lagi nak bekerja. Nanti mulalah iri hati tengok orang lain yang seusia boleh berehat-rehat tanpa perlu membanting tulang.

Kredit foto: KWSP

Tahukah anda bahawa persara memerlukan sekurang-kurangnya simpanan asas sebanyak RM240,000 bersamaan dengan RM1,000 sebulan untuk bersara dengan selesa?

Namun, setakat ini hanya 18.4% ahli KWSP mampu mencapai tahap minima tersebut. Adakah kita tergolong dalam kategori ni?

Lebih parah lagi buat golongan yang bekerja secara tidak formal atau kontrak di mana tiada perundangan rasmi untuk pencen dan persaraan melindungi mereka.

Jom ‘Simpan Baik-Baik’ untuk memori bersama

Matlamat utama KWSP adalah untuk memastikan orang ramai mempunyai simpanan secukupnya menjelang hari tua nanti. Oleh itu, mereka sentiasa komited untuk mengajak orang ramai agar terus konsisten menyimpan.

Bayangkan jika bersara tanpa simpanan yang cukup dan tiada rumah sendiri untuk didiami? Pastinya ini bakal menjadi satu bebanan buat anda di usia tua nanti.

Jadi, menerusi kempen ‘Simpan Baik-Baik’ ini diharapkan semakin ramai yang membuka mata tentang kepentingan simpanan dan mula bertindak.

Lagipun, simpan dengan KWSP merupakan cara paling mudah dan selamat tau. Walaupun sikit-sikit tapi lama-lama boleh jadi bukit!

Semoga di kediaman ini, kita dapat melakar lebih banyak memori manis bersama keluarga tersayang 🙂

Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun

Bagi memudahkan anda menyemak akaun simpanan KWSP, anda kini boleh muat turun aplikasi KWSP i-Akaun di App Store, AppGallery dan Google play.

Terdapat pelbagai ciri tambahan lain yang anda boleh dapati melalui aplikasi ini yang membolehkan pengguna untuk menambah caruman KWSP secara sukarela. Simpan selagi mampu!

Layari laman web rasmi KWSP di SINI untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×