Hebahan

Kaji Selidik Raya 11street: Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja

2
SHARES
  • Lebih 60% rakyat Malaysia menyatakan hasrat mereka menyimpan duit untuk Hari Raya berikutan kos sara hidup yang meningkat
  • 95% dan ke atas masyarakat mempunyai pandangan positif tentang membeli belah atas talian dan membeli belah atas talian telah menjadi saluran utama bagi mendapatkan tawaran hebat Raya ini
  • Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ 11street menawarkan segalanya di bawah satu bumbung untuk Raya dan Ramadhan, terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat cermat.

 

 

Dalam usaha untuk memahami perbelanjaan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya, 11street telah menerima maklum balas lebih daripada 2,000 responden melalui satu kajian dalam talian baru-baru ini. Dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Jun,

maklum balas yang diterima dianggap sebagai suara masyarakat Malaysia lalu dianalisis dan dibahagi kepada 3 kategori penting – corak perbelanjaan, keutamaan dan pilihan platform membeli belah.

 

Rakyat Malaysia akan berbelanja lebih Raya ini!

Photo 1

CEO 11street, Hoseok Kim

Menjelang Hari Raya, kos sara hidup yang meningkat di Malaysia ternyata dirasai oleh masyarakat, di mana 90% daripada penduduk yang dikaji menyatakan perbelanjaan ketika musim perayaan Hari Raya kemungkinan akan meningkat.

Berikutan dengan perlaksanaan GST pada tahun 2015 dan kelemahan ringgit Malaysia, rakyat Malaysia kini tercari-cari cara efektif untuk menggunakan setiap ringgit yang dibelanjakan dengan sehemah mungkin.

“Kenaikan kos boleh juga diterjemah sebagai peningkatan perbelanjaan ketika musim perayaan, memandangkan keperluan meraikan perayaan tetap menjadi satu keutamaan,” kata Hoseok Kim, CEO 11street. “Ketika musim perayaan ini, 11street menawarkan pelbagai cara untuk mendapatkan barangan yang anda suka melalui kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’. Melalui kempen ini, kami turut menjanjikan jaminan harga terendah melalui segmen tawaran ‘Shocking Deals’ di aplikasi 11street. Ini bermaksud semua orang masih berpeluang untuk meraikan perayaan, tanpa perlu berbelanja lebih”.

 

Keperluan – Pakaian, Makanan dan Deko 

Photo 2

Hoseok Kim, membentangkan kajian terkini 11street

Selain corak perbelanjaan rakyat Malaysia, kaji selidik turut mendapati bahawa baju Raya masih wajib dibeli ketika sambutan Hari Raya kerana ia mempunyai hubungan signifikan dengan tradisi Hari Raya. 78% dari responden menyatakan mereka akan membeli Baju Raya baru terlebih dahulu sebelum membeli barangan lain seperti aksesori, kasut, dan barangan mewah yang lain. Menariknya kajian ini ialah ia menunjukkan peningkatan kesedaran jenama di kalangan lelaki apabila membeli baju Raya.

Dunia fesyen sentiasa berkembang. Lelaki masa kini lebih berminat dengan barangan berjenama dan lebih traditional, manakala wanita kini bersedia mengambil peluang untuk kelihatan lebih menonjol. Di 11street, kami melangkah dalam dunia fesyen Raya ini bersama pereka tempatan yang terkenal, membawakan kepelbagain stail ekslusif seperti batik, French chic, dan keanggunan klasik yang sesuai dengan cita rasa penggemar fesyen moden,”jelas Mr Kim.

Antara perbelanjaan lain, rakyat Malaysia turut memaklumkan bahawa keistimewaan Raya seperti kuih muih, biskut dan hiasan turut termasuk dalam senarai keperluan. Kos sara hidup yang meningkat tidak menjadi penghalang kepada sambutan, tetapi ia menunjukkan sedikit kekangan meraikan Raya kali ini dengan meriah.

Rakyat Malaysia kini lebih berhemah dan semakin bijak dalam mengurus perbelanjaan mereka. Sebagai contoh, lebih daripada 60% rakyat Malaysia melihat betapa pentingnya melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja. Oleh itu, terdapat satu trend yang semakin berkembang iaitu peralihan membeli belah atas talian, kerana ia mampu memberi peluang untuk berjimat dan pilihan yang lebih baik.

 

Keterbukaan untuk Perbelanjaan Atas Talian!

Photo 4

Dari Kiri ke Kanan – 11street’s Vice President of Marketing Communication, Ms. Wong Siew Lai; 11street’s CFO, Encik Naza Rahim; 11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim; and 11street Senior PR Manager, Ms. Judy Wong

Kaji selidik turut menunjukkan bahawa 95% rakyat Malaysia bersikap terbuka membeli-belah atas talian dan mengatakan teknologi memainkan peranan penting dalam penubuhan e-dagang. Tambah beliau, “E-dagang sekali lagi terbukti menjadi pilihan rakyat di mana ramai yang lebih senang membeli barangan atas talian. Menjelang Hari Raya, 11street menjangkakan lebih ramai orang akan bertukar ke membeli-belah atas talian kerana ia mudah dan menjimatkan masa. ”

E-perdagangan akan memberi impak dalam mengubah industri beli-belah buat tahun-tahun yang akan datang di mana masyarakat kini beralih ke era celik IT. Belia di negara ini sudah mula mendigitalkan perniagaan mereka sebagai sampingan kepada perusahaan konvensional. Negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Sarawak kini turut menyaksikan peningkatan dalam penerimaan membeli belah secara digital.

 

Utamakan Keperluan untuk Raya 

Melalui maklum balas dari kaji selidik tersebut, Kim turut menekankan, “Adalah amat penting untuk memahami pengguna terlebih dahulu, maka barulah boleh melakukan persediaan walaupun ekonomi mengekang kuasa beli pengguna. Memandangkan musim perayaan kian tiba, 11street memahami betapa pentingnya buat pengguna untuk membeli keperluan pada harga yang berpatutan.”

Kim menambah, “Dengan lebih dari 6 juta produk pada harga berpatutan ditawarkan oleh 19,000 penjual di bawah naungan 11street, kami memberikan kesempatan buat keseluruhan rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya tahun ini tanpa memberi bebanan lebih atas dompet mereka. Di 11street, kami komited dan sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.”

11street menawarkan Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran dengan menampung segala keperluan Hari Raya dengan penawaran diskaun sehingga 90% dan juga kupon pemberian bernilai RM10 juta bagi menyokong jenama-jenama popular seperti Tupperware, Syomirlzwa Gupta dan Nestle. Ini bagi membolehkan semua pelanggan di seluruh Malaysia, menyambut perayaan secara tradisi mampu untuk memiliki keperluan Hari Raya meskipun ingin berbajet.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran, sila layari 11street.my (www.11street.my) atau hubungi 03-272 0000 untuk keterangan lanjut.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About 11street (www.11street.my)

11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 11street also has a presence in Turkey and Indonesia, known as n11 and elevenia, respectively. For more information, please visit www.11street.my[/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×