Nama panggilan “abang” yang merupakan panggilan romantis dan manja di dalam alam perkahwinan, sering sahaja meniti di bibir sang isteri tatkala memanggil suaminya.
Namun, panggilan tersebut juga sudah menjadi kebiasaan buat para wanita untuk menggelar lelaki lain ketika berurusan. Misalnya, di dalam urusan berjual beli.
Baca juga: Tular ‘Live’ Suami Tampar Isteri Di Khalayak, Polis Dedah PUNCA Buat Ramai Tak Sangka!
NAMA PANGGILAN “ABANG” KHAS UNTUK SIAPA?

Gambar: Sharifah Zahidah.
Melalui perkongsian Sharifah Zahidah, adalah lebih manis dan selesa sekiranya panggilan “Encik/Tuan” digelarkan kepada lelaki asing, manakala “Abang” digunakan kepada suami dan ahli keluarga sahaja.
Bak kata Sharifah Zahidah, “jadilah wanita yang sentiasa melazimi praktis profesional dan mengutamakan ketinggian etika dalam bersosial.” Justeru itu, mari selami nasihat yang dikongsikannya buat kaum hawa mengenai etika dalam bersosial seperti di bawah.
Baca juga: 7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!
Buat gadis dan wanita-wanita di luar sana, adalah lebih manis jika kita bahasakan lelaki lain dengan panggilan Tuan atau Encik berbanding “Abang”.
Kenapa?
Kerana panggilan “Abang” adalah panggilan yang kadangkala digunakan secara umum; tapi KEBIASAANNYA digunakan sebagai panggilan manja dalam hubungan romantis suami isteri.
Jadi, kerana ianya adalah panggilan yang ada 2 makna sekali gus, elakkan menggunakannya adalah lebih BAIK dan lebih dekat kepada KETINGGIAN ETIKA SOSIAL kita sebagai wanita.
Bagaimana dengan panggilan “kakak”?
“Kenapa panggilan Abang sahaja jadi masalah. Panggilan Kakak tak jadi masalah pun?”
Sebab tak pernah orang guna pun panggilan “Kakak” sebagai panggilan romantis. Berbeza dengan panggilan “Abang”.
Jadi, MENGELAK diri untuk ber-abang abang dengan lelaki LUAR sana itu bukan sesuatu yang tidak berasas. Bahkan, ASAS DAN ARGUMENTnya jelas.
Panggilan untuk abang sepupu dan ipar?
“Habis dengan abang sepupu, abang ipar bagai?”
Kalau dalam talian kekeluargaan sama ada jauh atau dekat; maka nyata panggilan tersebut digunakan kerana HUBUNGAN KERABAT tersebut, jadi tiada masalah. Ada “asasnya” nak ber-abang dengan mereka.
Oh takkan nak panggil abang ipar Encik pula?
Abang ipar saya, Encik Sopi, Encik Eddy. Aduh, tak kena. Panggilan pula di bawah bumbung rumah mak saya di kampung.
Baca juga: Diskaun Hingga 30% Beli Kelengkapan Sekolah Anak, Jom Lihat Senarai Lokasi & Tarikh Februari Ini!
“Abang” jika dia keluarga dan “encik” untuk orang jauh
Adapun jika anda kerja di kedai kasut nak ber-abang-abang dengan pelanggan kenapa pula? Tiada sebarang talian kekeluargaan, bukan?
Jadi, panggilan yang sesuai dan melambangkan KETINGGIAN ETIKA SOSIAL ANDA adalah panggilan Tuan/Encik.
Panggilan pun di bawah bumbung awam yang lebih sesuai dengan setting formal. Maka, panggilan formal lebih sesuai.
Anda juga cuma jumpa mereka SEKALI SEKALA yang menunjukkan BETAPA JAUHNYA hubungan anda dengan mereka – jadi, seharusnya ada sedikit malu untuk ber-abang-abang dengan mereka.
Abang-abang kan mereka jika mereka memang keluarga atau orang dekat dengan kita. Encik-encikkan mereka jika mereka orang jauh. Tidaklah susah pun untuk faham dan praktis hal ini.
Cuma, kenapa buat susah?
Saya percaya, ramai wanita juga lebih MENGHORMATI WANITA LAIN YANG MEMANGGIL SUAMI MEREKA DENGAN PANGGILAN formal berbanding diabang-abangkan depan mereka.
Ianya lebih menyelesakan semua pihak apabila kita sama-sama memakai ketinggian budi dan bahasa dalam perbualan seharian kita. Setuju kan?
Lelaki pun, ada juga yang miangnya menjadi-jadi bila dipanggil abang. Jadi lagi sekali, ELAKKAN.
Wanita, utamakan ketinggian etika dalam bersosial
Ibu-ibu, ajarlah ya anak perempuan kita hal ni. Biarlah orang kata kita kolot pun. Ralat sungguh tengok anak gadis usia 18 tahun berabang-abang dengan lelaki dewasa menghampiri usia 40 tahun.
Mengapa dengan panggilan encik? Buruk sangatkah panggilan ini? Bukankah panggilan ini LEBIH CLEAN dan CLEAR PENGGUNAANNYA, bukan?
Agak sukar untuk saya fahami kenapa orang “anti” dengan formaliti encik yang tak susah apa pun, dan berkeras mahu ber-abang semahunya dengan semua lelaki di sekelilingnya. Kadangkala, dari salah panggilan inilah akan terbit salah-salah yang lainnya.
Jadilah wanita yang sentiasa MELAZIMI PRAKTIS PROFESIONAL DAN MENGUTAMAKAN KETINGGIAN ETIKA dalam bersosial.
Allahualam.
Baca juga: Dapat Berita Isteri Maut & Anak Di ICU, Lelaki Gigil Menangis Nak Beli Tiket Bas Tapi Habis!
Sumber: Sharifah Zahidah
FT Image: Tirachardz