Baby yang bertuah! Baby, seekor kucing jalanan berusia sembilan tahun membawa tuah kepada pemilik pasangan suami isteri, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertunjukkan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Oslo, Norway, Ahad lalu.
Kucing betina yang mewakili Malaysia itu berjaya memikat hati juri dengan kejinakan, ketenangan dan sifat manja yang ditonjolkannya sepanjang penilaian.
KUCING JALANAN MALAYSIA, BABY JUARA DUNIA!
Baby baka biasa yang diambil dari jalanan dan dipelihara dengan baik
Media tempatan melaporkan, Baby mengalahkan ribuan pesaing lain dari seluruh dunia untuk meraih gelaran juara dalam pertunjukan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) itu.
Menurut Rooaida, Baby hanyalah kucing baka biasa yang diambil dari jalanan dan dipeliharanya sehingga kini.
“Baby telah diberi pendedahan dan latihan sejak awal untuk berinteraksi di khalayak ramai, termasuk menyertai pelbagai pertunjukkan kucing tempatan.
“Saya dan suami kerap membawa Baby menyertai pertunjukkan dalam negara supaya dia lebih terbiasa dengan persekitaran ramai. Ini membantu memupuk sifat manja dan jinak dalam diri Baby,” katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Selasa.
Baca juga: Penyajak Cilik 2 Beradik Menang Di Kebangsaan, Kisah Berliku Disebaliknya Buat Ramai Terkesan!
Baca juga: Jangan Panik! Ini 9 Cara Mengatasi Si Bulu (Kucing) Yang Diserang Sawan
Penyertaan Baby kali kedua berjaya menuai hasil!
Tambahnya, penyertaan kali kedua ini nyata berbaloi apabila juri tertarik dengan keunikan Baby dan aspek-aspek lain yang memenuhi piawaian permarkahan.
“Ini adalah penghargaan terbaik diterimanya kerana Baby perlu bersaing dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukan itu.
“Bulu Baby yang cantik serta dandanan rapi disempurnakan sendiri Shaharudin turut menjadi faktor penarik kepada para juri dan penonton,” katanya.
Katanya, meskipun hanya kucing jalanan tanpa baka istimewa, perwatakan unik Baby memenuhi kriteria pemarkahan yang ketat.
Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
Baby bersaing dengan Miko, kucing jantan dimiliki pasangan itu juga
Lebih istimewa, Baby turut bersaing dalam pusingan akhir pertandingan bagi merebut gelaran juara mutlak dengan seekor lagi kucing jantan bernama Miko, yang juga dimiliki pasangan itu.
Selain Baby, Malaysia turut menghantar lapan ekor kucing lain, termasuk empat kucing baka British Shorthair, tiga kucing jalanan, dan seekor kucing Bengal.
Turut mengiringi delegasi Malaysia dalam pertunjukan itu Timbalan Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Habil Hussain, dan Setiausaha Agongnya, Muhammad Hasbullah Ibrahim.
Sementara itu, Muhammad Hasbullah menjelaskan, kucing-kucing berdaftar di bawah KKM yang menyertai siri pertunjukkan Fife di peringkat tempatan berpeluang melayakkan diri untuk bertanding di peringkat global.
Beliau menambah, acara tahunan berprestij ini bertujuan menggalakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menyayangi haiwan peliharaan dan memeliharanya dengan lebih baik.
Baca juga: Wanita Ini Bersyukur, Bila Nak Hujan Jiran Cina Tolong Alih ‘Parcel’ 8kg & Angkat Kain Jemuran!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Rooaida Mohd Darus / The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM)