Inspirasi

2 Saudara Mula Kembara Berjalan Kaki Dari Perak Ke Mekah Untuk Haji 2025, Semoga Selamat Tiba!

17
SHARES
kembara berjalan kaki

‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,’ pepatah yang sesuai digambarkan kepada dua orang bersaudara ini yang akhirnya memulakan kembara berjalan kaki dari Changkat Lobak, Bagan Serai ke Makkah, selepas dua tahun membuat perancangan rapi.

Difahamkan tujuan mereka ke sana untuk menunaikan rukun Islam kelima pada tahun 2025 yang sememangnya menjadi impian Mohamad Al Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, meskipun mengambil masa selama enam bulan menempuh perjalanan sejauh 8,000 kilometer (km).

Baca juga: Usahawan Hadiahkan Ibu Lif Berharga RM80K Sempena Hari Lahir, “Apalah Amalan Makcik Diratukan Anak”- Netizen

KEMBARA BERJALAN KAKI KE MAKKAH

kembara berjalan kaki

Gambar: TikTok @qoryellia

Menurut Mohamad Azizul, setakat ini mereka sudah berjalan sejauh 104km dari kampung halaman dan kini berada di Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dia yang juga penternak ayam berkata, pelbagai persediaan dari segi kecergasan fizikal dan mental telah dilakukan sebelum melaksanakan misi itu.

“Selain itu, kami konsisten menjalani latihan lain seperti berjoging dan mendaki.

“Kami juga banyak bertanya kepada pihak yang berpengalaman mengembara secara berbasikal dan berjalan kaki selain membuat kajian dokumentasi, kos pengangkutan dan cuaca,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Baca juga: Pokwe Tersohor Cipta ‘Rumahku, Rakitku’, Meski 3 Kali Banjir Rumahnya Berjaya Terapung Lagi!

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih!

Bakal rentas 5 negara sebelum tiba di Makkah

Mohamad Azizul berkata, mereka perlu merentasi lima negara sebelum tiba di tanah suci.

“Kembara ini bermula di Perak menuju ke Hatyai sebelum menaiki kereta api ke Bangkok, Thailand dan seterusnya terbang menuju ke New Delhi, India.

“Kemudian kami akan berjalan kaki ke Lahore dan Karachi di Pakistan, kemudian ke Bandar Abbas, Iran dan menaiki feri ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tiba di Riyadh dan Madinah, Arab Saudi.

“Hari kelima esok (Khamis) kami akan menyambung perjalanan ke Masjid Darul Murtadha, Murtadha Dakwah Centre (Madad) Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Tambahnya, hujan lebat antara cabaran yang perlu dilalui selain membawa bebanan seberat 100 kilogram termasuk barangan yang diinfaq oleh orang ramai.

“Kami terharu menerima sokongan berupa kata-kata semangat serta doa daripada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Bukhariellia.

“Pada masa sama, Al Bukhari yang merupakan peniaga dalam talian turut menjual produk minyak aromaterapi dan baju bagi membiayai visa mujamalah nanti,” katanya tanpa mendedahkan anggaran sebenar kos misi tersebut.

@qoryellia

Assalammualaikum, Ya Rasulullah!!!!!❤️❤️❤️ #caridanterusmencari #pengembaraanhaji #menujumakkah #lambaiankaabah #terimakasihorangbaik #manusiayangpenuhdosa #fypagetiktok #fypforyoupageシ #fypforyou #fyppppppppppppppppppppppp @ACHIKAIZUL

♬ original sound – Mr Apasaja – Suara Hamba

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

Sumber: Sinar Harian / TikTok @qoryellia

FT Image: TikTok @qoryellia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×