Didik

Kalut Dengan Tantrum Anak? Jangan Risau, Ada Cara Nak Atasinya!

596
SHARES

Jadi ibu dan bapa ni bukan lah mudah, besar tanggungjawab sejak dari kecil sampai lah mereka besar. Tentunya pelbagai juga cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik dan membesarkan mereka ni kan?

Kadang-kadang tu datang pula perangai hiper dan meragam, silap-silap ada yang mengamuk dan keluar tantrum. Memang susah betul nak kawal. Boleh jadi stress kita sebagai ibu bapa. Tapi, anda pernah terfikir tak kenapa mereka berkelakuan sedemikian dan macam mana pula cara nak atasi nya?

Otak kanak-kanak akan terus berkembang

Anda pasti selalu atau pernah berhadapan dengan sikap tantrum anak ni kan? Sampai dah terbiasa dan menjadi benda yang normal untuk atasi mereka yang tantrum ni.

Ha..kalau anda nak tahu, otak kanak-kanak ini akan terus berkembang sehingga akhir remaja dan paling pesat dalam tempoh 1 hingga 5 tahun di mana 90% perkembangan otak berlaku. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda perlu faham tentang perkembangan yang normal dan ciri-ciri semula jadi yang ada pada setiap anak anda.

Kanak-kanak meluahkan emosi yang kuat secara lisan, tapi ada bahagian otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada beberapa bahagian otak – korteks prefrontal yang membolehkan anak anda meluahkan emosi yang kuat secara lisan. Tapi anda perlu ingat, bahagian ini masih belum berkembang sepenuhnya.

Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrum adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan tersebut.

Bimbing lah anak-anak anda sebab ia adalah satu tanggungjawab ibu bapa!

Pada umur lebih kurang tiga tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Tapi, sebagai ibu bapa, anda jangan lah biarkan mereka hadapi emosi itu sendirian.

Ini kerana, tidak kira betapa pintarnya anak kita yang berumur tiga tahun, tidak kira betapa kita berharap dia dapat berfikir secara rasional sekali pun, dia tetap tidak mempunyai otak seperti orang dewasa.

Kita mungkin berharap anak-anak akan berkelakuan baik, berdisiplin dan dapat kawal diri, tetapi selagi otak mereka belum matang sepenuhnya, ia tetap akan menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi membimbing mereka.

Nak menyokong perkembangan otak kanak-kanak yang optimum? Ini cara nya.

1. Pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan sel-sel otak berkembang sepenuhnya

Pemakanan dengan nutrien yang mencukupi seperti, MFGM (Milk Fat Globule Membrane) adalah penting untuk perkembangan EQ kanak-kanak dan pakar juga mengesyorkan tahap DHA yang terbukti secara saintifik untuk menyokong perkembangan IQ.

Untuk pengetahuan anda, MFGM boleh didapati dalam sesetengah susu formula kanak-kanak dan ia dapat membantu sel otak untuk berhubung serta asas dalam membantu perkembangan EQ kanak-kanak. 

EQ merupakan keupayaan untuk memahami emosi anda sendiri dan emosi orang lain. Kajian menunjukan kanak-kanak prasekolah yang diberikan susu formula mengandungi MFGM selama 4 bulan menunjukkan perubahan positif dalam tingkah laku & pengawalan emosi yang kanak-kanak¹.

Kanak-kanak yang mempunyai EQ yang lebih tinggi mampu belajar dengan lebih cepat, memberi perhatian, lebih bersabar dan mampu mengawal emosi mereka dengan lebih efektif.

Jadi, kalau anak anda perlukan makanan tambahan yang seimbang dan penuh dengan nutrisi yang dapat menyokong perkembangan otak secara optimum, anak anda boleh cuba amalkan susu Enfagrow A+ Mindpro. Susu ini adalah jenama pemakanan kanak-kanak no 1 di dunia dan disarankan oleh pakar tau!

Antara kelebihan yang ada pada susu Enfagrow A+ Mindpro ni adalah ia dapat memberikan khasiat, menyokong perkembangan mental dan emosi anak-anak yang sedang membesar serta membantu mengekalkan sistem ketahanan  mereka dengan baik. 

1. Veereman-Wauters et al., Nutrition. 2012 Jul; 28 (7-8): 749-52 

2. Kerap komunikasi dan adakan perbualan dengan anak sekerap mungkin 

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur 1 hingga 3 tahun, anda perlu melibatkan diri dalam perbualan dengan anak-anak anda sekerap mungkin untuk menggalakkan perkembangan EQ mereka. Contohnya, ajukan soalan mudah kepada mereka kalau nampak sesuatu peristiwa atau perkara.

Jika anak-anak tidak dapat menjawabnya, anda boleh bantu mereka dengan memberitahu mereka jawapannya supaya mereka boleh belajar dan menggunakannya pada masa hadapan.

Seeloknya, anda ajar anak anda untuk luahkan apa yang mereka mahu dengan ayat mudah. Contohnya “Saya mahu kencing”, “Saya mengantuk”, atau “Saya suka ini”. Jadi, bila mereka dah sampaikan apa yang mereka mahu, ibu bapa perlu lah mendengar dengan penuh perhatian. 

Jika ada kanak-kanak lain rampas mainan daripada anak anda? Ajar lah anak anda unutk berkomunikasi dengan sopan. Contohnya, “Jangan rampas mainan saya seperti itu, ia tidak bagus. Jika anda mahu, anda boleh meminta saya dengan baik.”

Dengan melakukan ini, anda akan membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi supaya boleh bersuara dan meluahkan apa yang mereka fikir dan rasa.

3. Mengajar anak anda untuk menghormati hak orang lain & bawa anak untuk meneroka sekerap mungkin

Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 4 hingga 6 tahun pula, ibu bapa juga boleh meningkatkan EQ mereka dengan mengajar mereka menghormati hak orang lain. Contohnya, kena ketuk pintu dahulu dan minta kebenaran sebelum memasuki bilik orang lain untuk menghormati privasi mereka dan tidak bermain dengan mainan orang lain tanpa kebenaran.

Selain itu, bawa lah mereka ke pantai, taman, sungai atau di mana sahaja anda suka. Cuba bercakap dan cerita tentang semua yang anda lihat, dengar dan alami. Mesti anak anda akan teruja dan banyak benda yang mereka ingin diperkatakan nanti. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai IQ& EQ yang terbaik untuk anak anda, boleh klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×