Didik

Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

83
SHARES
jutawan malaysia

Anda mungkin sudah biasa dengan beberapa nama tokoh jutawan dunia. Kali ini, penulis ingin kongsikan info menarik mengenai lelaki Melayu jutawan Malaysia yang bernama Tan Sri Syed Azman, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS).

Ikuti kisah Tan Sri Syed Azman, jutawan bilionair Melayu yang sangat low profile ini. Semoga kisah kejayaan beliau, dapat membakar semangat pembaca untuk berjaya dan memberi inspirasi agar sentiasa berusaha untuk mencapai impian tanpa berputus asa.

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

JUTAWAN MALAYSIA LELAKI MELAYU

jutawan malaysia

Gambar: Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang digelar ‘Lelaki Melayu Terkaya Malaysia’ – Jeffrey Lim for Forbes Asia.

Dahulu, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya, mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa itu, beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit) untuk import kereta luar dari Malaysia.

Baca juga: #ProjekMimpi: Pejuang Pesakit Mental Ingin Buka Studio Seni Bantu Hadapi Isu Kesihatan Ini

Namun, dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju dan terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved Permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.

Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih untuk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet.

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

Baca juga: Lelaki Ini Pernah Ambil Pil Hormon Seawal Usia 13 Tahun, Berhenti Bila Payudara Membesar!

Mulanya, beli helikopter untuk kegunaan sendiri sahaja…

Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di atas jalan raya. Lalu, rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat dan sejak itulah beliau dapat tahu bahawa ramai rupanya yang mahu sewa helikopter.

Selepas 5 tahun, beliau mendapat kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Baca juga: #ProjekMimpi: Wanita Dikagumi Ikat Sendiri Bata Bina Rumah, Kemas Macam Pro!

Kini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS)

jutawan malaysia

Gambar: Beliau di dalam helikopternya terbang mengelilingi Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur – Jeffrey Lim For Forbes Asia.

Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian.

Beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.

Disebabkan usaha itu, beliau menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia. Aga-agak berapa jumlah aset yang beliau ada, ya?

Baca juga: #ProjekMimpi: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah, Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

Sumber: Mingguan Wanita

FT Image: Jeffrey Lim For Forbes Asia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×