Sihat

Hati-Hati! 14 Produk Ubat Batuk Di Malaysia Ini Dibatalkan Pendaftaran, Mengandungi Pholcodine

34
SHARES
jenis ubat batuk

Nampaknya ramai dalam kalangan kita yang mengalami batuk-batuk sejak kebelakangan ini bukan? Mungkin telah masuk ‘musim batuk’ kerana perubahan cuaca panas. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bersedia dengan beberapa jenis ubat batuk supaya sakit tersebut tidak berlarutan.

Namun, terbaharu, pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah menarik 14 produk ubat batuk yang dikhuatiri memberi efek negatif kepada orang ramai. Awas! Hati-hati sebelum nak beli ubat batuk tu ya!

14 JENIS UBAT BATUK PHOLCODINE DIBATALKAN PENDAFTARAN

jenis ubat batuk

Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia. Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat.

Manakala Agent Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebagai pra pembedahan untuk merehatkan otot otot.

Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodine dalam 12 bulan sebelum pembedahan, adalah faktor risiko untuk kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular.

Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil bagi mengurangkan risiko ini dan tidak mungkin untuk mengenal pasti populasi pesakit yang mendapat manfaat pholcodine melebihi risikonya, maka keputusan telah diambil untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran.

jenis ubat batuk

jenis ubat batuk

jenis ubat batuk

jenis ubat batuk

Ramai nampaknya pernah guna produk-produk ini. Tarik balik khusus pada produk dalam gambar ya. Produk lain masih boleh guna. Sebagai contoh Difflam seperti di dalam gambar sahaja yang ditarik balik. Difflam lain masih selamat digunakan.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×