Menjaga anak sakit, demam, batuk dan selsema bukanlah perkara mudah dan ia sudah tentunya merisaukan ibu bapa meskipun bukan satu penyakit serius. Sebagai ibu bapa, tentulah kita akan mencuba sebaik mungkin namun, perlu diingatkan untuk anak berusia bawah 2 tahun tidak sesuai untuk diberi ubat batuk. Ikuti penerangan lebih mendalam dan lanjut oleh Dr Samhan di bawah.
Baca juga: “Makin Garu Makin Sedap..”- Macam Mana Kudis Buta Boleh Berjangkit? Apa Rawatan Yang Sesuai?
UBAT BATUK & SELSEMA TAK SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 2 TAHUN
Sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
The Us Food and Drug Administration (fda) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (otc).
Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.
Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.
UBAT BATUK YANG SERING DIGUNAKAN & TAK SESUAI
1. Cough expectorant (guafenesin)
2. cough suppressant (dextromethorphan)
3. decongestants (pseudoephedrine, phenylephrine)
4. Antihistamine (chlorpheniramine)
Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak. Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak.
Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut:
- Sawan
- Jantung berdegup kencang
- Berhenti bernafas
- Kematian
Waspada, ubat batuk & selsema tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.
Sumber: Twitter Dr Samhan