Deko & Hias

Idea Susun Buku Anak Style Ibu Ni Memang Luar Biasa, Tak Sakit Mata!

3
SHARES
Idea Susun Buku Anak

Ibu-ibu pasti pening bila melihat buku dan peralatan sekolah anak penuh di lantai bertaburan sehingga terpijak. Nak kemas bukannya mudah kerana memerlukan tempat khas agar semuanya teratur. Menerusi perkongsian ibu bernama Shakina Farhan di laman Facebook, idea susun buku anak yang digunakan amat berkesan kerana lebih teratur dan mudah untuk anak mendapatkan barang.

Baca juga: Ajaib! Hanya Guna Sabun Ini Sahaja, Baju Putih Lusuh & Kotor Terus Putih Bersih!

IDEA SUSUN BUKU ANAK MACAM IBU INI MEMANG LUAR BIASA. WOW!

Saya nak share bookstation anak-anak yang sangat membantu kami sekeluarga.  Anak darjah 3, darjah 1 dan tadika 5 tahun. 1 frame 1 anak tapi ada juga bercampur-campur.  

  • Almari, shelf,door – Besta frame (3x)
  • Box grey – Ikea
  • Bakul putih – Mr DIY
  • Fail fluns – Ikea
  • Label – buat sendiri

Idea Susun Buku Anak

Huruf tu ikut nama anak-anak. Bawah sekali tempat sorok beg sekolah. Baris kedua untuk fail, buku sekolah dan KAFA. Baris ketiga saya letak bakul dan open space. Senang nak letak segala barang seperti face mask, sanitizer, wipes, minyak, sikat dan lain-lain.

Idea Susun Buku Anak

Label guna sticker vynil yang saya buat sendiri. Dalam bakul tu ada juga barang yang lain dan saya labelkan mengikut nama barang. Contoh kalau nak suruh anak ambil charger suruh dia ambik di dalam bakul MISC.

Idea Susun Buku Anak

Setiap fail ada rumah. File putih beli dekat Ikea, satu set ada 4 fail. Kertas lukisan tak muat tak apa, letak je tepi sekali.

Idea Susun Buku Anak

Macam seni semua berkaitan seni masuk dalam fail label seni/muzik ni. Kalau nak pergi sekolah ambil fail sahaja sebab semua buku dah ada dalam tu. Tak susah anak nak cari.

Idea Susun Buku Anak

Beg KAFA dan beg sekolah. Tampal jadual dekat belakang pintu. Senang anak nak tengok jadual.

Idea Susun Buku Anak

Hook untuk beg beli dekat Mr DIY. 1 set dapat 2. Sangkut je untuk bagi beg berdiri. Kalau sangkut atas sangat boleh terjatuh sebab barang berat.

Tabung dan artwork anak. Dalam kotak ini simpan barang-barang macam sticker, pensil, pembaris. Lampu atas tu jenis sensor rechargeable. Kalau malam nak pergi ambil air dekat dapur lalu sini dulu nanti terbuka la lampunya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Shakina Farhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×