DIY & Kraf

Tips Susun Buku Sekolah Ikut Jadual, Lebih Praktikal & Kurang Risiko Tertinggal Buku

162
SHARES

“Ibu… tadi adik kena marah sebab tertinggal buku teks BM…”

Susun buku mengikut jadual waktu kelas persekolahan kadang-kadang agak melecehkan. Mana tidaknya, asyik bawa keluar buku sehingga kadang-kadang terlepas pandang sesetengah buku yang perlu dibawa. Jadi, ibu ini kongsi solusi yang sangat praktikal menggunakan sistem melabel file untuk menyusun jadual waktu buku baru lah tak tertinggal buku di rumah.

SUSUN ATUR BUKU SEKOLAH

Cara ni saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Total semua hampir 20 subjek. Dekat bawah ni saya tunjuk tutorial utk beberapa subjek sahaja.

1 FILE UNTUK 1 SUBJEK

Sediakan satu file untuk setiap satu matapelajaran.

1 file utk 1 subjek. Saya beli file yang boleh muat buku teks sekali dengan buku latihan. So senang nak sekalikan dan saiznya muat untuk masuk beg sekolah.

Dekat fail tu saya letak label :

1.Nama anak

2.Nama kelas

3.Subjek

4.Hari

Labelkan file tersebut dengan nama matapelajaran.

Kalau jadual waktu anak-anak sentiasa berubah, Jangan panik! Kita cuma perlu sediakan file yang ber label subjek sahaja. Lebih praktikal utk setahun sesi pembelajaran. Saya print out sendiri setiap label
Ajak anak buat aktiviti ni skali, lebih mudah utk dia faham sistemnya. Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tau. Sangat mudah & anak pun tertarik.

Masukkan buku teks serta buku latihan untuk subjek yang dilabelkan ke dalam file.

KURANG RISIKO TINGGAL BUKU

Bila buat sistem mcm ni :

1.Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak atau kelepet kat hujung-hujung dia

2.Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dlm beg sekolah. Kemas je.

3.Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betulll ni

4.Kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Kat sekolah anak masukkan terus ke dalam file ikut subjek

Mudah juga utk susun file-file ni kat rak & meja, tak berselerak. Ajar anak-anak disiplin dari awal. InsyaAllah mudahkan urusan kita juga. LOVE it very much! Mama Iris.

Sumber: Fariha Norbaya 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×