Cantik

Nak Tanam Rambut Sebab Kepala Botak, Tunggu Dulu..Ambil Tahu Hukumnya Halal Atau Haram

1
SHARES
hukum tanam rambut

Seringkali kita melihat di laman media sosial, ramai yang berkongsikan masalah keguguran rambut yang mereka alami. Malah, ada yang sampai botak kepala dibuatnya kerana rambut gugur terlampau banyak. Jadi, salah satu inisiatif yang difikirkan ramai adalah tanam rambut tiruan. Tapi, apakah hukum tanam rambut tiruan ini dalam Islam?

Mungkin ramai yang khilaf mengenai isu ini kerana hanya memikirkan soal kecantikan namun, kalau anda tersilap langkah, impian untuk kelihatan kacak dan cantik ini jatuh haram hukumnya!

Baca juga: Muda Lagi Pun Rambut Dah Penuh Uban, Punca Nombor 8 Tu Ramai Selalu Buat Hari-Hari!

HUKUM TANAM RAMBUT TIRUAN (SINTETIK)

hukum tanam rambut

Foto: Lifestyle Kompas

Berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, menanam rambut sintetik dibolehkan sekiranya tiada pilihan rambut sendiri berdasarkan ketetapan syarat-syarat berikut :

-Tujuan merawat bagi menghilangkan aib atau penyakit pada diri

-Tidak terdedah pada risiko bahaya dari segi kesihatan di samping mendapat nasihat pakar

-Memastikan memilih sumber bahan yang suci

-Sementara itu, dilarang menanam rambut sintetik (tiruan) daripada sumber yang haram dan najis seperti bulu khinzir, bulu rambut bangkai atau rambut haiwan yang tidak dimakan dagingnya dan seumpamanya.

Menanam rambut merupakan kaedah moden masa kini yang merupakan solusi terakhir bagi mereka yang mengalami masalah gugur yang kritikal. Walau bagaimanapun tiada dalil yang jelas tentang larangannya, namun terdapat kisah seorang bani Israel yang berimej botak menyatakan permintaan kepada Malaikat untuk mendapatkan rambut yang indah agar tidak dipandang hina. Ini berdasarkan hadis yang diriwayat daripada Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

” إنَّ ثَلَاثَةً في بَنِي إِسْرَائِيلَ: أَبْرَصَ، وَأَقْرَعَ، وَأَعْمَى، بَدَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَبْتَلِيَهُمْ، فَبَعَثَ إِلَيْهِمْ مَلَكًا، فأتَى الأبْرَصَ، فَقالَ: أَيُّ شَيءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: لَوْنٌ حَسَنٌ، وَجِلْدٌ حَسَنٌ؛ قدْ قَذِرَنِي النَّاسُ، قالَ: فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ عنْه، فَأُعْطِيَ لَوْنًا حَسَنًا، وَجِلْدًا حَسَنًا، فَقالَ: أَيُّ المَالِ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: الإبِلُ -أَوْ قالَ: البَقَرُ، هو شَكَّ في ذلكَ: إنَّ الأبْرَصَ وَالأقْرَعَ قالَ أَحَدُهُما: الإبِلُ، وَقالَ الآخَرُ: البَقَرُ-، فَأُعْطِيَ نَاقَةً عُشَرَاءَ، فَقالَ: يُبَارَكُ لكَ فِيهَا. وَأَتَى الأقْرَعَ فَقالَ: أَيُّ شَيءٍ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قالَ: شَعَرٌ حَسَنٌ، وَيَذْهَبُ عَنِّي هذا؛ قدْ قَذِرَنِي النَّاسُ، قالَ: فَمَسَحَهُ فَذَهَبَ، وَأُعْطِيَ شَعَرًا حَسَنًا،

Maksudnya : “Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang menderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang lagi buta. ALLAH ingin menguji mereka bertiga, maka diutuskan seorang malaikat kepada mereka. Pertama, malaikat itu pergi kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya: “Apakah sesuatu yang paling kamu sukai?” Dia menjawab: “Warna rupa yang elok, kulit yang indah serta hilangnya penyakit dari tubuhku yang membuat orang-orang menjauhiku. Baginda bersabda ” Lantas Malaikat mengusapnya kulit pesakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritainya, serta diberi warna rupa yang elok dan kulit yang indah.Malaikat pun bertanya lagi kepadanya: “Kekayaan apa yang paling kamu sukai?” Jawabnya: “Unta atau lembu.” (perawi syak antara unta atau lembu yang dimintanya). Maka diberikan kepadanya seekor unta yang bunting dan mendoakannya: “Semoga ALLAH memberkati kepadamu dengan unta ini. “Kemudian Malaikat itu pergi kepada orang yang berkepala botak dan bertanya kepadanya: “Apakah sesuatu yang paling kamu sukai?” Dia menjawab: “Rambut yang indah, serta hilangnya penyakit ini yang membuat orang-orang menjauhiku. Lantas, Malaikat mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah…….”- Riwayat Sahih al-Bukhari 3464

Anda perlu tahu bahawa, menanam rambut berbeza dengan menyambung rambut yang mana jelas terdapat larangan dalam riwayat hadis, Baginda SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

Maksudnya: Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta disambungkan rambutnya- Riwayat Muslim (5687)

Seterusnya, menanam rambut mestilah daripada bahagian rambutnya sendiri kerana tidak dibenarkan menggunakan rambut orang lain. Rambut manusia tidak boleh dijual beli mahupun dimanfaatkan oleh orang lain kerana juzuk anggota anak Adam itu dimuliakan. Hal Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam…-Surah Al-Isra’: (70)

Al-Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya Al-Majmu’ bahawa tidak boleh untuk menjual rambut manusia sama ada ia bersambung ataupun terpotong.

Keputusan fatwa-fatwa membenarkan proses menanam rambut bagi mereka yang mengalami keguguran rambut serta mereka yang berimej botak dengan menyatakan syarat-syarat tertentu.

Dinasihatkan kepada mana-mana doktor kecantikan dan perubatan yang pakar dalam dalam bidang tersebut agar mengenal pasti pelanggan yang datang untuk menanam rambut. Pakar hanya boleh menerima pelanggan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, iaitu tujuan penyembuhan penyakit atau menghilangkan aib. Manakala, pelanggan yang sekadar menanam rambut demi kecantikan atau menambah kecantikan, maka haram seorang pakar bersubahat terhadap perkara yang melanggar larangan Allah.

hukum tanam rambut

Foto: Halodoc

*Wallahua’lam

Baca juga: Selama Ini Rambut Gugur Teruk Sebab Salah Teknik Shampoo, Tukar Ke 3 Cara Ini Pula

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Healthline

Foto: Siloam Hospitals

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×