Deko & Hias

7 Cara Hapuskan SIPUT BABI, Tanaman Selamat Dari Haiwan Berlendir Ini!

12
SHARES
haiwan perosak

Siput babi merupakan haiwan perosak yang sering kelihatan pada tanaman. Jangan risau, terdapat cara untuk menjaga tanaman anda dari didekati haiwan berlendir ini.

Berikut merupakan 7 cara menjaga tanaman dari serangan haiwan perosak siput babi supaya halaman atau taman rumah anda kekal selamat.

Baca juga: 5 Teknik KAHWIN POKOK Popular, Proses Pembiakan Tumbuhan Kualiti Terbaik!

HAIWAN PEROSAK TANAMAN: SIPUT BABI

haiwan perosak

1. Racun siput

Haiwan perosak berlendir ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun siput yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware atau secara online.

Terdapat pelbagai jenis racun siput yang boleh didapati seperti:

  • Siputox
  • Esaro

2. Gembur tanah

Aktiviti sering menggembur tanah boleh menyebabkan telur-telur siput yang berada di dalam tanah terkeluar dan mati.

Di samping menyuburkan tanah dengan memberi pengudaraan yang baik kepada akar tanaman, ianya sekali gus boleh mengawal pembiakan siput tanpa disedari.

Baca juga: Wanita Kongsi Tips Pokok Pudinanya Hidup Segar & Lama, Dah Masuk 3 Tahun!

3. Haiwan pemangsa

Cara menjaga tanaman yang seterusnya adalah memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan pemangsa kepada siput. Contohnya:

  • Katak
  • Kura-kura
  • Mengkarung
  • Itik
  • Ayam
  • Burung

Biarpun begitu, haiwan pemangsa juga boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman. Jadi, anda perlu selalu awasi.

4. Air kopi

Kalau nak tahu haiwan perosak ini tidak sukakan kopi kerana kafein yang terkandung boleh membunuh siput mengikut kajian Natural Slug Control. Kajian mendapati, apabila siput (slug) disembur dengan cecair yang mengandungi kafein ia dapat membunuh mereka.

Di samping itu, serbuk kopi yang asli (bukan 3-in-1) merupakan sumber nitrogen organik kepada pokok.

5. Tembaga

haiwan perosak

Menariknya, siput tidak sukakan tembaga yang merupakan logam pengalir eletrik dan pengalir haba yang baik. Apabila lendir siput yang melekit terkena logam, ia akan terkejut seakan terkena renjatan elektrik!

Anda boleh dapatkan tembaga sejenis pelekat yang boleh diletakkan di sekeliling tanaman di kedai-kedai yang menjual racun perosak. Nak mudah guna sahaja duit syiling berwarna kuning keemasan.

Baca juga: Tips Tanam KUCAI Dalam Pasu, Menariknya Bukan Hanya Subur Tapi Sampai Keluar Bunga!

6. Kulit telur

Siput tidak sukakan kulit telur yang menjadi kepingan kecil kerana bucu dan sisi yang tajam. Caranya:

  1. Keringkan kulit telur di bawah matahari atau di dalam oven.
  2. Setelah betul-betul kering, hancurkan kulit telur menjadi kepingan kecil.
  3. Letakkan pada sekitar tanaman.

Selain itu, kulit telur boleh menjadi sumber bekalan kalsium kepada tanaman.

7. Perangkap siput

Perangkap siput sebenarnya boleh anda buat sendiri dengan langkah-langkah berikut:

  1. Isi air dalam bekas/ baldi kecil.
  2. Masukkan jus kordial anggur.
  3. Masukkan ½ sudu kecil yis.
  4. Masukkan 1 sudu besar gula.
  5. Letak bekas itu semalaman di taman.
  6. Esoknya, periksa bekas, akan nampak siput dalam itu.

Perangkap siput DIY ini akan membuatkan ia tertarik kerana bau yis. Ia akan menyebabkan siput memanjat bekas dan jatuh ke bekas perangkap tersebut dan tenggelam.

Terdapat satu cara lagi untuk memerangkap siput ialah dengan meletakkan tepung jagung ke dalam bekas yang rata dan letakkan kobis di situ. Siput akan pergi untuk memakan kobis, seterusnya terkena tepung jagung yang akan mengembang dan menyebabkan ia mati.

Baca juga: BONSAI KELAPA Tanaman Hiasan Rumah Mudah Jaga & Unik, Ikuti 6 Langkah DIY Ini!

Sumber: Property Guru

FT Image: PropertyGuru

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×