Cantik

Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

63
SHARES
fungsi tepung jagung

Selain digunakan dalam masakan, tepung jagung mempunyai banyak kegunaan yang lain. Fungsi tepung jagung yang pelbagai ini pastinya membuatkan anda buka mata dan aplikasikan dalam kehidupan seharian nanti.

Tepung jagung yang juga dikenali sebagai kanji jagung merupakan tepung yang dihasilkan daripada biji jagung yang digiling. Berikut adalah 13 kegunaan kanji jagung yang masih ramai belum tahu.

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

FUNGSI TEPUNG JAGUNG

fungsi tepung jagung

Gambar: Getty Images/ lisaaMC

1. Hilangkan contengan

Anak-anak kecil memang suka menjadikan dinding sebagai kanvas mereka. Jadi, untuk menghilangkan lakaran seni tersebut:

  1. Campurkan tepung jagung dengan air.
  2. Lalu disapukan pada contengan yang ingin dipadam.
  3. Biarkan kering dan lap.

2. Pembersih bulu haiwan peliharaan

Khabarnya, tepung jagung boleh digunakan untuk membersihkan bulu haiwan peliharaan seperti kucing. Caranya:

  1. Sapu tepung ini pada bulu haiwan peliharaan.
  2. Kemudian sisir dan rapikan bulunya untuk membersihkan semua kotoran juga kanji jagung yang melekat pada bulunya.

3.Pengilat perabot

Bukan itu sahaja, malahan perabot di rumah juga boleh dikilatkan dengan menggunakan tepung jagung. Hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum lebar. Caranya ialah:

  1. Campurkan sedikit kanji jagung ke dalam cecair pengilap.
  2. Setelah itu, lapkan pada perabot yang diinginkan.

Baca juga: 1001 Khasiat CUKA KURMA Menurut Perubatan Islam, Atasi Banyak Penyakit!

4. Seni kraftangan

Kanji jagung juga boleh digunakan dalam seni kraftangan, seperti menggantikan tanah liat. Contohnya ialah kraftangan membuat bunga dari sabun mandi.

5. Serap bau hapak

Bau hapak juga boleh diserap oleh kanji jagung. Contohnya,

  1. Taburkan kanji jagung di dalam kasut.
  2. Ianya akan membantu menyerap bau yang tidak enak di dalam kasut anda.

6. Hilangkan bau hancing

Tahukah anda, kanji jagung boleh membantu menghilangkan bau hancing yang datang dari haiwan peliharaan seperti kucing. Caranya ialah:

  1. Cuci terlebih dahulu air kencing tersebut.
  2. Kemudian, tuang air tepung jagung yang telah dibancuh di tempat tersebut.
  3. Biarkan kering terlebih dahulu.
  4. Cuci semula dengan air dan sabun.

Baca juga: Tips Mop Lantai Tanpa Ada Kesan Air (Watermark) Lepas Kering, Ini Rahsianya!

7. Plaster dinding

fungsi tepung jagung

Gambar: kues1

Seterusnya, kegunaan lain kanji jagung ialah boleh dijadikan sebagai plaster dinding yang membantu untuk menutup rekahan kecil di dinding. Caranya adalah:

  1. Campurkan sedikit kanji jagung dan air.
  2. Kemudian sapu pada bahagian yang diinginkan.
  3. Cat dengan cat minyak atau cat kapur selepas sapuan kanji jagung kering.

8. Pelembut fabrik

Kegunaan yang seterusnya ialah boleh digunakan sebagai pelembut fabrik. Caranya ialah:

  1. Campurkan 4 sudu kanji jagung dengan setengah cawan baking soda.
  2. Jika mahu lebih wangi masukkan sedikit essential oil.
  3. Masukkan ke dalam bekas berisi fabrik yang ingin dilembutkan.

9. Menghilangkan kesan darah

Tidak dinafikan kesan darah sukar untuk dihilangkan. Jadi, gunakan tepung jagung untuk menghilangkan kesan darah.

  1. Campurkan kanji jagung dengan sedikit air.
  2. Lalu disapukan pada kesan darah tersebut.

Baca juga: Nota Bakal Pengantin: 9 Barang Ini Wajib Ada Sebelum Pergi ‘Photoshoot’ Luar!

10. Hilangkan kesan minyak

Percikan minyak pada dinding dapur, mudah dihilangkan dengan kanji tepung jagung kerana ia mempunyai kuasa serapan yang sangat baik.

11. Membersihkan tingkap

Campurkan kanji jagung ke dalam larutan pembersih tingkap anda. Hasilnya pasti mengejutkan!

12. Deodoran badan

Bagi mereka yang ada masalah bau badan boleh gunakan tepung jagung sebagai deodoran. Caranya ialah:

  1. Campurkan minyak kelapa, kanji jagung dan baking soda.
  2. Jadikan ianya pes (losyen) dan sedia untuk digunakan.

13. Mandian susu

Kanji jagung juga boleh digunakan di dalam mandian susu. Caranya hanyalah:

  1. Campurkan susu tepung, kanji jagung dan soda bikarbonat.
  2. Kemudian, masukkan beberapa titis minyak pati yang diinginkan.
  3. Biarkan selama 24 jam sebelum boleh menggunakannya.

Baca juga: Ini Cara Mudah Baiki Periuk Nasi Elektrik Yang Lampunya Rosak Tak Menyala!

Sumber: Story Motherhood

FT Image: shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×