Asuh

Pelik Dah Makan Ubat Tapi Suhu Tak Turun? ‘Check’ Balik Dos Ubat Demam Yang Diperlukan Anak

1
SHARES
dos ubat

Perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa adalah saat anak demam. Lebih-lebih lagi jika suhu mereka tidak juga turun walaupun sudah diberi makan ubat. Ketahuilah, mungkin ada salah pada dos ubat demam anak anda.

Dr Salehuddin Sulaiman berkata punca suhu anak tidak turun walaupun telah diberi ubat demam adalah kerana dos yang tidak mencukupi. Jadi, apa cara untuk tahu dos ubat bersesuaian dengan anak?

Baca juga: Apa Petua Anak Demam Panas Di Rumah? Cuba 7 Tips Mudah Ini. 

CARA TAHU DOS UBAT SESUAI DENGAN ANAK

1. GUNAKAN UBAT SELAIN PARACETAMOL SEBAGAI ‘RESCUE’

Gunakan ubat selain paracetamol sebagai rescue. Contohnya, nurofen dan brufen. Dos hampir sama seperti ubat paracetamol. Ubat paracetamol boleh diberikan pada setiap 6 jam. Tetapi jika suhu tidak turun, atau naik semula sebelum 6 jam, boleh cuba berikan ubat nurofen atau brufen ini.

2. UBAT PUNGGUNG

dos ubat

Bagi ubat punggung, dosnya berbeza dengan ubat minum.

Bawah 8kg: 125mg sebiji

8 – 13kg: 250mg sebiji

14 – 15kg: 125 + 250mg

16 – 20kg: 250mg 2 biji

3. SEMAK KEKUATAN UBAT

‘Check’ kekuatan ubat: 250mg untuk setiap 5 ml atau 120/125mg untuk setiap 5 ml. Dinasihatkan untuk menggunakan yang 250mg.

Kalau berat anak

  • 3kg: 1 ml
  • 5 – 6kg: 1.5ml
  • 7 – 8kg: 2 ml
  • 9 – 10kg: 3 ml
  • 13kg: 4 ml
  • 16kg: 5 ml
  • 20kg: 6 ml

Pilih berat yang terdekat. Contohnya berat 15kg, pilih yang 16kg. Terlebih sedikit pun tidak mengapa. Kecuali jika anda nak mengggunakan ubat ini berpanjangan (lebih dari 5 hari).

Tetapi kalau terpaksa guna ubat demam lebih 5 hari, pasti ada ‘something wrong’. Kena ‘check’ dengan klinik atau hospital berdekatan.

TIPS LAIN UNTUK KURANGKAN SUHU DEMAM ANAK

1. Lap badan dengan air

Untuk menyejukkan badan anak dengan cepat, basahkan ketiak dan anggota wudhu kerana banyak cooling point seperti kepala, telinga dan tapak kaki.

2. Beri anak air kosong secukupnya

dos ubat

Pastikan anak anda minum air kosong secukupnya. Boleh cuba berikan mereka air nabeez iaitu air rendaman kismis semalaman yang sangat baik untuk anak yang demam.

Selain itu, bahan dalam kismis bertindak sebagai antibakteria dan antioksidan, ia membantu menentang jangkitan dan juga meredakan demam. Anda juga boleh cuba meletakkan kismis dalam sup rebusan untuk mereka makan.

3. Sapukan aloe vera/air daun bunga raya/air daun rambutan pada badan anak

dos ubat

Untuk anak yang alergi pada bawang atau bawang putih biasanya akan alergi pada aloe vera, maka ini mungkin tidak sesuai untuk mereka.

Namun, jika hendak menggunakan daun aloe vera, boleh tengok gambar cara ambil gelnya atau boleh saja gunakan yang telah dijual di pasaran. Ia juga boleh menyejukkan kulit anak.

4. Gunakan bahan dari dapur

Anda boleh menggunakan lemon/limau nipis/asam jawa/bawang putih untuk mengurangkan panas badan anak. Aroma lemon dan kadar antioksidan dalam beberapa bahan boleh mengurangkan suhu badan anak.

Ada juga yang lebih gemar menggunakan minyak bawang putih tetapi ia agak panas untuk kulit yang sensitif.

5. Naikkan imun anak

Boost imun anak anda dengan memberi mereka makan sup rebusan tulang serta makanan yang tinggi dengan vitamin C.

Ibu bapa perlu menitikberatkan perihal suhu badan anak ketika mereka demam kerana ia boleh menyebabkan si kecil anda berkemungkinan mendapat sawan. Pastikan dos ubat mereka bersesuaian dengan berat badan supaya ubat demam itu dapat bertindak sewajarnya.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: theAsianparent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×