Sihat

Risau Demam Anak Tak Baik-Baik, Cuba 6 Tips Ini, Cepat Kebah!

919
SHARES

Dalam menjalani proses pembesaran, kanak-kanak akan mudah untuk mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Hal ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.

Namun, hal ini sangat merisaukan ibubapa kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain dan buntu bagaimana untuk rawat anak demam.

Jadi, kami kongsikan untuk anda cara rawat anak demam dengan berkesan untuk turunkan suhu demam anak dengan cepat dan selamat. Rawatan untuk jenis demam yang pelbagai pun ada tau!

RAWAT ANAK DEMAM SUHU CECAH 39.9 DARJAH CELCIUS!

Tengah hari kelmarin badan Fayyadh panas sikit. Tapi lepas mandi dan main-main petang tu, badan dia dah ok pula. Lepas isyak, Fayyadh nampak letih dan mula merengek. Tengah malam ummi nak tukar diaper Fayyadh, rasa badan dia panas sangat. Bila check, suhu badan dia dah cecah 39.9°C. Memang gelabah habis anak demam panas tengah malam.

rawat anak demam

http://www.newhealthadvisor.com/

Ummi terus lap badan Fayyadh dengan campuran air dan 2-3 sudu minyak bawang putih sebab tu je bahan yang ada. Alhamdulillah, tak lama lepas tu check suhu dah turun 39.2°C. Setiap sejam-2 lap badan dan ubah kedudukan badan dia supaya tak tidur posisi yang sama lama-lama.

Suhu badan dia turun lagi 38.8°C, 38.2°C, 38.0°C. Bila dah pagi, suhu badan Fayyadh dah turun 37.8°C. Semalam pagi-pagi lagi ummi potong daun aloe vera dan ramas gelnya dalam air. Lendiran dari gel aloe vera ni ada cooling effect dan cepat kurangkan suhu badan. Biasanya waktu tengah hari/cuaca tengah panas atau budak-budak tidur lama, suhu badan akan naik balik. Tengah hari tu suhu badan Fayyadh naik 38.7°C. Tapi alhamdullillah, bila kerap lap badan dengan air campuran aloe vera ni, suhu badan si kecik ni turun sikit demi sikit.

rawat anak demam

www.facebook.com/yatieimra

ANAK TAK SELINCAH DAHULU…

Sampai petang semalam suhu badan Fayyadh terkawal dan tak lebih dari 38°C. Walaupun suhu badan dah turun, tapi ummi perasan Fayyadh tak selincah selalu. Sebelum ni kalau demam pun, budak ni tak reti duduk diam. Kali ni asyik baring dan tidur je. Lepas maghrib Fayyadh mintak susu. Terkejut tengok tapak tangan dia sejuk sangat & kebiru²an. Tapak kaki dia lak dah pucat sangat sampai dia langsung tak boleh berdiri tegak.

Patutlah asyik baring je.. Masa tu memang nak bawak gi klinik je lepas buatkan susu. Manalah tahu ada masalah kesihatan yang lain ke. Dalam kelam kabut buat susu tu, terfikir nak cuba teknik acupressure. Dulu pernah terbaca dalam artikel kat internet, picit setiap jari (bahagian pangkal kuku) untuk rangsang saraf digital & boleh kurangkan sakit serta demam. Lepas picit semua jari-jari tangan dan kaki, nampak tapak tangan si kecik ni dah mula kemerah-merahan. Masa tu barulah lega sikit.. Dalam 5 minit jugak picit jari tangan dan kaki barulah berubah kemerah-merahan macam biasa.

www.facebook.com/yatieimra

Demam dengan tapak tangan/kaki sejuk sebenarnya biasa jer terjadi dan salah satu kesan tindakbalas badan masa demam (biasanya demam panas). Sebelum ni pernah juga tangan Fayyadh sejuk masa demam. Tapi tak pernah sampai tapak kaki pun pucat & langsung tak boleh berdiri macam tu.

Memang cuak betul.. Huhuu.. Tengah malam tadi check lagi suhu badan Fayyadh dalam 37.5-37.6°C je.. Tapi ummi tetap gak lapkan air+aloe vera 2-3 jam sekali. Pagi ni alhamdulillah, si kecik ni dah tak demam & aktif macam biasa. Demam biasa yang disebabkan virus biasanya dalam 3-4 hari je, tapi kalau penjagaan tak betul boleh sebabkan demam makin tinggi.

RAWAT ANAK DEMAM DENGAN TIPS KURANGKAN SUHU

rawat anak demam

www.youtube.com

1. Lap badan dengan air – Untuk sejukkan badan dengan cepat, basahkan ketiak serta anggota wudhuk (sebab banyak cooling point terutama kepala, telinga dan tapak kaki)

2. Gunakan bahan dari dapur lemon/limau nipis/asam jawa/bawang putih untuk kurangkan panas badan (saya lebih suka gunakan minyak bawang putih sebab bawang putih agak panas bagi kulit yang sensitif)

3. Untuk cepat kurangkan panas, boleh juga gunakan daun bunga raya/daun rambutan atau daun aloe vera (orang yang alergi pada bawang/bawang putih biasanya akan alergi pada aloe vera). Jika nak gunakan daun aloe vera, boleh tengok gambar cara ambil gel.

http://www.stylecraze.com/

4. Boost imun anak dengan bagi makan sup rebusan tulang (bone broth) serta makanan tinggi vitamin C.

5. Pastikan anak minum air kosong secukupnya. Berikan juga air nabeez kismis (air rendaman kismis semalaman) yang sangat baik untuk anak demam. Selain bahan dalam kismis yang bertindak sebagai antibakteria & antioksidan, kismis membantu menentang jangkitan & juga meredakan demam. (masukkan kismis masa masak sup pun boleh)

6. Optional – boleh juga tekan/picit point acupressure untuk kurangkan demam. Boleh klik link ini untuk tengok video bahagian yang perlu dipicit.

http://www.modernreflexology.com/

Info tambahan:
Saya dapat petua buah tin & oren tu dari peniaga kedai ubat sensei.. Semoga bermanfaat.

RAWAT ANAK DEMAM BERDASARKAN JENIS DEMAM YANG BERBEZA

1.Demam akibat tonsil

rawat anak demam

tonsillitissymptoms.wordpress.com

• Rebus 3-5 biji buah tin bersama sedikit air. Kemudian blend halus buah tin bersama airnya menjadi pes. Berikan kepada anak 2-3x sehari untuk 2-3 hari (buat baru setiap hari). Tapis jika perlu. Anak dah setahun ke atas boleh dicampur sesudu makan madu.

• Pes ni juga boleh digunakan untuk ditepek pada bahagian luar leher (tempat yang sakit). Biarkan hingga kering, kemudian bersihkan dengan air.

• Boleh juga masukkan buah tin ke dalam masakan/buat sup.

2.Demam akibat selsema

richmondmom.com

• Makan makanan tinggi vitamin C (oren, anggur, strawberi, dll)

• Anak setahun ke atas, boleh diberi jus oren & madu. Anak setahun ke bawah, boleh diberikan jus yang telah dicairkan dengan air dengan nisbah 1:1

• Letak kunyit hidup yang ditumbuk pada pangkal hidung (antara kening)

• Guna minyak bawang putih

3.Demam akibat batuk

http://www.india.com/

• Anak setahun ke atas, berikan jus nenas (masak ranum). Anak bawah setahun, berikan jus nenas yang dicairkan (untuk minum sebagai jus) atau berikan hanya ¾-1 sudu kecil (3.5-5 ml) jus nenas yang pekat. Elakkan pengambilan kentang & produk soya kerana ia mengurangkan keberkesanan nenas.

• Boleh juga berikan oren (dipotong atasnya) yang dikukus sejam-2 untuk dapatkan jusnya. Jus oren yang dah dikukus ni elok diberikan sebelum tidur.

• Gunakan minyak bawang putih, sapukan pada dada & belakang.

• Gunakan daun sirih & tepuk percussion. Boleh baca cara kat link ini

4.Demam campak

rawat anak demam

http://www.momjunction.com/

• Minum dan mandikan dengan air kelapa

• Elakkan makanan berminyak serta makanan menyebabkan gatal seperti telur, ayam (kecuali ayam kampung/organik), ikan & seafood (kecuali ikan isi putih)

• Minum air rebusan barli & makan makanan tinggi vitamin C untuk boost imun

• Campurkan sikit minyak bawang putih ke dalam bedak sejuk & sapukan pada badan

• Rebus daun semambu/daun sirih/daun kunyit/daun bidara atau mana-mana gabungan daun yang ada. Gunakan sebagai bilasan terakhir ketika mandi/gunakan bersama bedak sejuk untuk kurangkan gatal.

*Semoga bermanfaat bila anak demam nanti ya!

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×