Berikutan pelbagai jenis kes jangkitan penyakit yang sering melanda negara, bukan sahaja orang dewasa yang terdedah dengan penyakit ini malah paling merisaukan adalah kanak-kanak. Apabila jatuh sakit, kanak-kanak memerlukan bantuan dari segi penjagaan dari ibu bapa tetapi apa yang merisaukan adalah ibu bapa tidak dapat cuti dari kerja.
Jangan risau lagi kerana berita baik untuk ibu bapa semua adalah anda kini boleh dapatkan cuti maksimum 5 hari untuk jaga anak-anak yang terkena penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin!
Baca juga: Cara Buat Temujanji HIV Test Di Klinik Kerajaan Secara Online Guna MySejahtera, Laju!
7 JENIS PENYAKIT BERJANGKIT & PERLU KUARANTIN, MAK AYAH BOLEH MINTA CUTI 5 HARI
Berita baik untuk ibu bapa. Sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti C-19) , anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).
Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan “lain lain penyakit berjangkit” memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.
Antara jenis penyakit yang disenaraikan adalah:
-HFMD
-Demam denggi
-Campak
-Chicken pox
-Diphteria
-Malaria
-Lain-lain penyakit yang mendapat kesahihan dari pegawai perubatan
Sangat penting untuk anda pastikan jenis penyakit berjangkit yang dialami mendapat pengesahan dari pegawai perubatan dahulu ya sebelum memohon cuti. Risau tak ‘diapproved’ nanti!
Sumber: JPA, Public Health