Cantik

Dagu Berlipat Walaupun Badan Kecil? Ini Punca Sebenar Dan Cara Atasinya!

12
SHARES
dagu berlipat

Dagu berlipat atau double chin adalah lebihan lapisan di bahagian leher. Ia juga kelihatan seperti dagu tambahan yang membentuk kedutan pada bahagian leher. Kebanyakan orang tidak suka dagu berlipat kerana ia boleh menurunkan keyakinan diri mereka.

Selain keyakinan diri menurun, ‘mood’ juga rosak setiap kali tangkap gambar disebabkan dagu berlipat ini kerana ia terlalu menonjol. Sebenarnya apa punca dagu berlipat dan ada tak cara hilangkannya? Jom ikuti perkongsian penulis!

Baca juga: Cara Hilangkan Dagu Berlapis, Rupanya Guna Bahan Di Dapur Je!

PUNCA DAGU BERLIPAT, BUKAN SEMATA-MATA BERAT BERLEBIHAN

1. BERAT BADAN BERLEBIHAN

Antara punca utama dagu berlipat adalah disebabkan oleh lebihan lemak. Ini kerana ketika berat badan bertambah, lemak akan disimpan di seluruh tubuh termasuklah di wajah dan juga bawah dagu.

Selain itu, ia juga bergantung pada jenis tubuh seseorang. Jika memiliki postur tubuh besar, mungkin kenaikan berat badan akan tertumpu di bahagian perut atau paha. Berbeza dengan sesetengah orang, lemak akan muncul di bahagian dagu sehingga menyebabkan ia nampak berlipat.

2. POSTUR TUBUH

dagu berlipat

Tahu tak telefon bimbit sebenarnya boleh buat dagu berlipat? Ini kerana semasa memakai telefon bimbit, seseorang akan cenderung menunduk ke bawah. Postur ini akan menyebabkan sakit lahir dan juga beri kesan buruk kepada otot platysma, yang menghubungkan leher ke dagu. Justeru itu, saat otot ini makin lemah, ia akan mengakibatkan berkurangnya keanjalan pada sekitar rahang dan memberikan kesan kendur.

3. STRUKTUR WAJAH

Untuk pengetahuan anda, mereka yang mempunya garis rahang tidak tegas lebih cenderung untuk memiliki dagu berlipat. Ini kerana ia akan membuat area kulit nampak berlebihan.

Justeru itu, struktur wajah yang berbeza ini juga menjadi jawapan kepada persoalan mengapa orang yang memiliki tubuh kecil juga mempunyai dagu berlipat.

4. KULIT YANG MENUA

dagu berlipat

Kalau nak tahu kulit kita mula hilang keanjalannya selaras dengan pertambahan usia sehingga menyebabkan ia menjadi kendur lantas menimbulkan dagu berlipat. Pada pertengahan usia 20-an, jumlah kolagen yang dikeluarkan kulit semakin berkurang.

Ketika situasi ini berlaku, kulit muka kehilangan keanjalannya. Oleh itu, semakin tua, semakin sikit kolagen yang dikeluarkan. Apabila kulit di bawah rahang mula mengendur, situasi ini memberi kesan dagu berganda.

Apa yang boleh anda lakukan adalah jalani rawatan kulit dan amalkan gaya hidup sihat supaya dapat menolong mencegah kesan penuaan ini.

5. GENETIK

Jika mempunyai keluarga yang berdagu lipat, maka ada kemungkinan tinggi untuk anda memilikinya juga.

Oleh itu, jangan hanya salahkan berat badan yang berlebihan kerana ada penyebab lain kepada dagu berlipat.

CARA ATASI DAGU BERLIPAT

1. DIET DAN SENAMAN

dagu berlipat

Jika dagu berlipat kerana kenaikan berat badan, diet boleh bantu anda mengecilkan atau menghilangkannya. Caranya adalah dengan makan makanan sihat dan mengamalkan senaman secara konsisten. Panduan makan sihat yang boleh anda amalkan:

  • Elakkan makanan proses
  • Makan lemak sihat seperti minyak zaitun dan kekacang
  • Kawal pengambilan gula
  • Kawal bahagian makanan agar tak berlebihan
  • Makan sayur dan buah dengan cukup
  • Makan protein rendah lemak seperti ikan
  • Jangan makan makanan bergoreng
  • Pilih produk susu rendah lemak
  • Ganti gandum bukan keseluruhan (nasi putih, roti putih) dengan gandum penuh

Untuk keberkesan maksima, anda boleh bersenam selama 300 minit seminggu atau 45 minit setiap hari. Anda juga boleh melakukan strength training dua kali seminggu. Malah, apa apa aktiviti melibatkan pergerakan fizikal seperti berkebun, naik turun tangga juga perlu diamalkan.

2. SENAMAN WAJAH

Cara ini adalah paling praktikal kerana tidak perlu mengeluarkan wang mahupun keluar dari rumah. Untuk pengetahuan anda, senaman wajah boleh memperkuat leher, rahang dan tisu penghubung sehingga membantu mengurangkan dagu berlipat. Caranya adalah:

  • Tarik kepala ke belakang dan lihat ke arah langit.
  • Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium langit. Lakukan untuk meregangkan bahagian bawah dagu.
  • Berhenti muncungkan bibir dan kembalikan kepala kepada posisi normal.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Sinaran Wanita

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×