Sihat

Tak Kira Badan Kurus Atau Gemuk, Rupanya Ini Bahaya Sel Lemak Tersimpan Dalam Badan

6
SHARES

Tubuh badan manusia terdiri daripada pelbagai sel antaranya termasuklah sel lemak. Setiap sel mempunyai peranan yang berbeza dalam memastikan tubuh manusia berfungsi dengan lancar, sel lemak berfungsi sebagai  stor yang menyimpan lebihan tenaga. Bilangan sel lemak yang dimiliki oleh setiap manusia juga adalah berbeza-beza, seseorang yang bertubuh kurus mungkin mempunyai bilangan sel lemak yang lebih banyak berbanding mereka yang bertubuh lebih besar.

Mengenai sel lemak yang tidak akan meninggalkan anda

Sel lemak boleh diumpamakan seperti belon dan berbentuk seperti globul. Sel lemak lazimnya terhasil akibat pengambilan tenaga yang berlebihan dan tidak digunakan. Tenaga yang berlebihan dari sumber makanan akan disimpan menjadi sel lemak sebagai sumber simpanan tenaga apabila kita ketiadaan glukosa. Jadi ianya disimpan sejak lahir sebab itu mustahil jika anda boleh hilangkan berat badan anda hanya selama 3-4 minggu, mungkin hanya berat air yang hilang.

Sel lemak boleh disimpan dan penyimpanannya tiada limitasi. Sel lemak juga tidak berkurang, jumlahnya masih sama meskipun kita tidak makan atau sedang berdiet. Fasa pertama penurunan berat badan adalah pastinya penurunan berat air. Pernah lihat rakan anda berjogging dengan memakai jaket hitam atau windbreaker? mereka mungkin sejuk atau sengaja menggalakkan perpeluhan. Air yang hilang ini dapat membantu dalam pengurangan berat badan, namun, apa yang kita mahukan adalah penggunaan sel lemak ini.

Bagaimana mahu menggunakan sel lemak?

Sel lemak boleh digunakan jika anda mengalami deficit (pengurangan) kalori, contoh jika anda bersenam, berdiet atau mengamalkan intermittent fasting. Hal ini kerana, ketika ketiadaan sumber makanan/sumber tenaga, tenaga dari sel lemak akan diuraikan dalam proses gluconeogenesis dan ketogenesis yang menghasilkan bahan untuk sumber tenaga badan.

Sel lemak yang terdapat di perut dan pinggul dan di tempat lain ini akan mula digunakan dan akan mengecut, namun apabila terdapat sumber tenaga berlebihan, ia akan kembali ‘mengembang’ dan jika tidak cukup sel lemak untuk menampung sumber tenaga berlebihan, sel lemak baru akan terhasil. Ini lah yang menjadikan badan naik seperti dipam-pam, oh tidak. Inilah juga sebabnya kenapa orang gemuk sukar untuk turun berat badan, namun tidak mustahil. Ramai di luar sana telah berjaya!

1. Perlukah kita mengurangkan karbohidrat?

Ikut keperluan sebenarnya, jika anda tahu anda adalah seorang yang tidak banyak bergerak, makan mengikut keperluan aktiviti anda. Janganlah makan nasi lemak tiap hari, jangan juga minum air berkarbonat tiap masa. Ada porsinya.

2. Malas


Perasaan malas, menangguh-nangguh hanya membuatkan sel lemak anda semakin banyak dan makin sukar digunakan (leptin resistance). Leptin adalah hormon yang dihasilkan tisu adipos (sel lemak) yang berperanan memberikan signal untuk menggunakan sel lemak bagi sumber tenaga. Namun, bagi mereka yang obesiti, leptin resistance berlaku di mana hormon ini tidak berfungsi dengan baik menyebabkan sel lemak tidak dapat digunakan dan gagal memberikan maklum balas yang anda sebenarnya masih kenyang menyebabkan anda sentiasa berasa lapar.

Sewaktu lapar, sel dalam badan akan hantar isyarat ke otak terlebih dahulu membuatkan anda mencari makanan sebelum sempat sel lemak anda digunakan. Hasilnya, setelah pencernaan makanan berlaku (dalam tempoh 4-6 jam), anda akan mula mencari makanan dan memberikan sumber tenaga kepada tubuh.

Sel lemak ada hadnya. Awasi jumlah lemak dalam badan anda dengan mengukur menggunakan alat ‘body composition’ yang lazimnya terdapat dalam gym. Jumlah lemak bagi wanita dewasa yang mempunyai aktiviti biasa adalah lazimnya tidak lebih dari 31% dan bagi lelaki adalah 24%. Tahukah anda, bagi mereka yang inginkan otot perut yang cantik dan six pack, laximnya peratus lemak mereka adalah kurang dari 15%. Atlit yang biasanya berlari jarak jauh lazimnya mempunyai peratus lemak bawah 12% sahaja.

3. Genetik

Ada yang mengatakan gemuk adalah genetik dan gemuk itu diwarisi. Jawapannya ya. Obesiti adalah satu keadaan yang diwarisi namun, tidak bermakna anda tidak akan kurus. Cuma perlu berusaha lebih berbanding orang biasa. Jika orang lain makan sepinggan nasi, mereka masih ok, anda makan separuh pinggan nasi pun, berat akan bertambah.

Sumber: Ini Sains Beb!

Most Popular

To Top