Masih ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang mengenai maklumat di dalam kad jemputan sehingga ada yang datang tanpa diundang.
Hal ini pastinya akan menyebabkan tuan rumah berdepan dengan kesulitan dalam menguruskan tetamu kerana makanan yang ditempah tidak mencukupi.
Baca juga: PU Riz Kongsi Doa Perlindungan Untuk Anak Dari Mata Jahat, “Tak Semua Orang Suka Tengok Dia…”
BILA TULIS MACAM INI DEKAT KAD JEMPUTAN, JANGAN DATANG SEKELUARGA
Menerusi perkongsian di laman TikTok, sekiranya menerima kad jemputan, pastikan baca dengan teliti mengenai nama undangan tersebut.
Seperti contoh, kad jemputan di bawah ini tidak menjemput seluruh ahli keluarga:
Di bawah ini pula adalah contoh kad jemputan yang menjemput seluruh ahli keluarga:
“Selepas ini nak datang kenduri kahwin kena tengok kad jemputan ada tulis sekeluarga atau tulis nama sahaja. Tuan rumah mesti dah kira jumlah kepala.
“Kalau datang sekeluarga macam mana nak kira? Sebab itu kena tengok kad jemputan, bab hukum jangan buat main. Benda macam ini kadang-kadang tak perasan. Bukan dapat kad terus ingat boleh datang sekeluarga,” jelasnya.
Kesimpulannya, dia menasihati orang ramai agar lebih teliti sebelum menempah kad jemputan di peniaga supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.
“Jadi, pada anda yang membuat kad itu, pastikan baca terlebih dahulu. Jangan copy paste sahaja. Kalau jemput sekeluarga itu ok tetapi kalau yang kad itu tulis nama sahaja, jangan datang sekeluarga. Kena minta izin dulu,” katanya.
Pengguna media sosial turut meninggalkan komen bersetuju dengan perkongsian pengguna TikTok itu.
“Mak saya memang jaga bab ini. Kalau orang tulis suami dan isteri, mak ayah sahaja yang pergi. Tak baik kita pertikaikan sebab tak tahu orang kenduri punya bajet. Dah dijemput pun Alhamdulillah,” ujarnya.
Baca juga: Cara Buat Air Yasin Supaya Lebih Mujarab, Kena Ikut Urutan Bacaan Macam Ini
Sumber: TikTok Hj Hamzah Catering