Air Yasin merujuk kepada air yang telah dibacakan Surah Yasin yang sering digunakan dalam masyarakat Islam sebagai amalan doa dan keberkatan.
Amalan ini biasanya dilakukan ketika berada di majlis tahlil, kenduri doa selamat, serta sebagai sebahagian daripada ikhtiar perubatan Islam.
Baca juga: PU Riz Kongsi Doa Perlindungan Untuk Anak Dari Mata Jahat, “Tak Semua Orang Suka Tengok Dia…”
CARA BUAT AIR YASIN DENGAN LEBIH TERTIB

Freepik
Berikut penulis kongsikan cara buat air Yasin dengan lebih tertib:
1. Membaca istighfar sebanyak 3 kali.
Astagfirullah hal Aazim
2. Selanjutnya, membaca surah al-Fatihah sebanyak 1 kali.
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wabarik wassalim.
Selepas selesai berselawat sebanyak 10 kali, teruskan membaca surah Yasin.
Setelah itu, boleh minum air tersebut setiap kali anda memerlukannya terutamanya untuk
Antara adab dalam membaca surah Yasin adalah:
- Baca dengan tertib dan tartil
- Perlahan dan khusyuk
- Ikut imam jika baca beramai-ramai
- Suci dari hadas kecil dan besar
- Menghayati ayat kebesaran, azab, dan rahmat
- Menjaga ibtida’ (permulaan) dan wakaf (berhenti)
Kelebihan air yassin
Daripada Abi Ja’far Muhammad bin Ali berkata:
Barangsiapa yang mendapati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرْءَانِ (Yā Sīn wal-Qur’āni) di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minum airnya.
Ini bertujuan untuk menghindarkan hati yang keras. Selain itu, air Yasin boleh menjadi asbab kesembuhan penyakit dengan izin Allah. Ia sering diberikan kepada orang sakit sebagai ikhtiar tambahan selain rawatan perubatan.
Akhir sekali, air Yasin sering dikaitkan dengan kelebihan rohani di mana mampu membantu seseorang lebih dekat dengan Allah serta meningkatkan keyakinan dalam doa dan usaha mereka.
Baca juga: Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis Selepas Saksi Dedahkan Gambar Bedah Siasat Anak
Sumber: Aku Islam