Persiapan perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana banyak perkara perlu diambil kira sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Bakal pengantin pun dah mula pening kepala memikirkan segala hal yang tak selesai dari hari pertama sehinggalah majlis tiba. Mana taknya, kalau terlepas pandang habis majlis idaman untuk bakal pengantin.
Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari bahagia nanti, mari kami kongsikan checklist sebelum kahwin untuk bakal pengantin. Tak payah pening kepala dah lepas ini.
Baca juga: 7 Idea Doorgift Simple & Murah, Boleh Jimat Banyak!
CHECKLIST SEBELUM KAHWIN UNTUK BAKAL PENGANTIN
Cuma nak share senang untuk bakal bride yang nak buat persediaan perkahwinan. Harap dapat membantu yang mana nak buat persiapan tu.
6-12 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Uruskan bajet
- Rancang aturcara majlis
- Tempah lokasi majlis
- Tempah pakej perkahwinan
- Tempah photographer & videographer
- Bincang barang hantaran
- Pilih katerer
- Uruskan bajet
5 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Pemeriksaan HIV
- Urus dokumen permohonan pernikahan
- Beli barang hantaran
- Mohon cuti
3 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Serahkan dokumen di pejabat agama
- Pastikan kelengkapan siap ditempah
- Pilih baju majlis
- Bincang dengan pihak katerer
- Tempah kad kahwin
- Bincang goodies
- Pre wedding photoshoot
1 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Hubungi & semak status permohonan nikah
- Senarai tetamu untuk pos kad
- Pos kad kahwin
- Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
- Tempah juru inai
- Gubah dekorasi hantaran
2 MINGGU SEBELUM MAJLIS
- Sahkan kehadiran pendaftar pernikahan
- Pastikan urusan & prosedur nikah selesai
- Sediakan duit bayaran jurunikah, saksi & lain lain
- Hias bilik pengantin
- Sahkan semua perincian
1 HARI SEBELUM MAJLIS
- Berinai
- Pastikan pakaian untuk majlis siap digosok
- Rehat & tidur awal
Jangan lupa simpan ya checklist ini! Senang untuk bakal pengantin di luar sana. Semoga segalanya dipermudahkan.
Sumber: Facebook Ikha Nurzulaikha