Siapa yang tidak berasa gemuruh apabila detik penting dalam hidupnya bakal tiba. Begitu juga bagi setiap pasangan pengantin baharu, pastinya berdebar apabila tibanya hari bahagia mereka terutama sekali ketika majlis pernikahan berlangsung di hadapan khalayak ramai termasuklah pengantin bisu ini.
Baca juga: Dilamar Jejaka Arab, Wanita Terima Wang Hantaran RM300k!
PENGANTIN BISU LAFAZ AKAD NIKAH GUNA BAHASA ISYARAT
Namun, berbeza pula bagi pengantin lelaki ini yang mengalami masalah pencakapan dan pendengaran. Sekitar berlangsungnya majlis pernikahan tersebut, beliau kelihatan begitu tenang di sebuah masjid yang terletak di Selangor.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @amrimjs di laman TikToknya, pengantin yang segak memakai pakaian nikah serba putih dilihat sedang duduk bersila sambil melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat dengan alat bantuan pendengaran.
Apa yang menarik perhatian, beliau kelihatan sangat mahir dalam menggunakan bahasa isyarat tanpa mempunyai sebarang masalah terutamanya ketika mengeja nama pasangannya itu.
‘INDAH KUASA ALLAH…’
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuatnaik di laman media sosial itu.
Sementara itu, rata-rata warganet sangat kagum serta terharu dengan momen akad nikah yang jarang dilihat itu dan turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan serasi tersebut. Tahniah!
Sumber: Tiktok @amrimjs