Bagaikan bulan jatuh ke riba. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk seorang wanita ini yang berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara apabila dia dilamar oleh jejaka dari Arab Saudi, Ahmed dan menerima mas kahwin sebanyak satu bilion rupiah (RM300,000). Memang meriah!
Baca juga: Guru KAFA Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki Sebab Lambat Ambil Al-Quran
WANITA TERIMA HANTARAN RM300K!
Wanita berkenaan yang merupakan seorang doktor pada awalnya diberi mas kahwin berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM450,000). Difahamkan, pasangan tersebut mempunyai kelulusan doktor dari Fakulti Perubatan di China.
Menurut bapa wanita berkenaan, detik perkenalan antara anaknya dan jejaka Arab itu bermula ketika mereka sedang belajar di China dan mereka sudah berkenalan selama empat tahun.
Meskipun, pada awalnya wanita terbabit berasa ragu-ragu dengan hubungan mereka, namun ia mula berubah apabila Ahmed bersungguh-sungguh ingin mengahwininya. Dengan berkat kesungguhannya itu, akhirnya dia berjaya meyakinkan wanita yang dicintainya itu untuk menerima lamaran.
INISIATIF DARI PIHAK LELAKI
Dalam pada itu, bapa wanita terbabit mendedahkan nilai mas kahwin anak perempuannya bukanlah berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM450,000) seperti yang tular di media sosial, namun hanyalah satu bilion rupiah (RM300,000) sahaja.
Walau bagaimanapun, mas kahwin itu adalah atas inisiatif daripada pihak lelaki sendiri dan Ahmed turut menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk memberikan mas kahwin sebanyak itu.
Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata. Pengantin lelaki yang berasal dari Jeddah itu perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta dan keluarganya juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan.
Sumber: Tribunnews