Nur

Ada 3 Cara Mengerjakan Haji, Jangan Sampai Tersalah Niat Tau!

1
SHARES
cara mengerjakan haji

Menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat 3 cara mengerjakan ibadah haji iaitu Haji Ifrad, Haji Tamattu’ dan Haji Qiran. Justeru itu, mari ketahui dengan lanjut mengenai 3 cara mengerjakan haji ini seperti berikut.

Baca juga: Kedudukan Tangan Ketika BANGUN Dari Sujud, Ini Yang Sunnah & Afdal!

CARA MENGERJAKAN HAJI, ADA 3!

cara mengerjakan haji

Gambar: JAWHAR

1. Haji Ifrad

Mengerjakan haji dalam bulan-bulan haji, kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan haji.

Lafaz dan niat mengerjakan Haji Ifrad:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

Baca juga: Tips ‘Packing’ Beg Pergi Tanah Suci Buat Muslimah, Balik Beg Tak Bertambah

2. Haji Tamattu’

Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.

Lafaz dan niat mengerjakan Haji Tamattu’:

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

Baca juga: Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?

Baca juga: Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

3. Haji Qiran

Cara 1:

  • Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji (dua dalam satu).

Lafaz dan niat mengerjakan Haji Qiran:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

“Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah taala.”

Cara 2:

  • Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji, kemudian melaksanakan semua wajib dan rukun haji.

Lafaz dan niat mengerjakan Haji Qiran:

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلهِ تَعَالَى

“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah taala.”

cara mengerjakan haji

Gambar: JAKIM

Baca juga: Duduk Di Antara Dua Sujud Terselit Doa Yang Tak Disangka, Ini Pengertiannya!

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM / Infografik Tabung Haji

FT Image: Sajjad Hussain/AFP/Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×