Inspirasi

Tak Pernah Daftar Haji, Tapi Dapat Pergi Haji 2 Kali. Ini Kisah Saya

13.7K
SHARES
tips pergi haji

PERGI HAJI BUKAN KERANA DAH DAFTAR DENGAN TABUNG HAJI TETAPI JEMPUTAN DARI ALLAH.

Sebelum itu saya nak ucapkan selamat berangkat dan mengerjakan haji kepada semua tetamu Allah tahun ini. Setiap tahun musim ini, hati saya berbaur dengan pelbagai perasaan. Rindu, sedih, bersyukur, iri hati dan bermacam-macam perasaan lagi.

Saya tergerak untuk menaip posting ini kerana terbaca cerita Neelofa yang sebulan daftar dah boleh pergi Haji. Mungkin cerita saya dan tips pergi haji ini boleh lagi viral kerana saya tidak pernah berdaftar dengan TH tetapi sudah 2 kali dijemput untuk mengerjakan Haji.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Cerita ini bermula lebih kurang 10 tahun dahulu, tahun 2005 apabila saya berada di tahun akhir pengajian Sains Aktuari di UKM. Pada waktu itu umur saya baru 21 tahun.

Salah seorang pensyarah jemputan bernama Jefry Zain pada kelas pertama beliau telah meminta kami semua untuk tulis apa yang kita mahu capai dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang dengan perasaan kita akan dapat capai hajat-hajat itu. Tulis dengan jelas bila kita akan capai. Pada umur berapa kami capai. Lagi detail lagi bagus!

Alhamdulillah semua hajat dalam senarai itu telah saya capai. Cuma 90% sahaja on time. Yang balance 10% lambat setahun dua.

Antara banyak-banyak hajat saya salah satunya adalah – selesaikan rukun Islam ke 5 bersama isteri seawal mungkin. Saya tulis hajat itu tanpa tahu bila saya akan berkahwin. Tanpa tahu dengan siapa saya akan berkahwin. Tetapi saya tulis dengan keyakinan “SAYA AKAN DAPAT CAPAI HAJAT INI!”. Dengan keyakinan ALLAH akan makbulkan hajat ini. The rest, let the MAGIC do their work.

tips pergi haji

Foto Kredit: FB Mohd Syafie

2007 – Dapat Peluang Bertugas Di Arab Saudi

Saya graduate pada pertengahan tahun 2006. Saya dapat offer untuk bertugas di Arab Saudi pada tahun 2007 tanpa saya memohon pun. Saya tidak pernah terbayang saya layak bekerja di peringkat antarabangsa.

Langsung tidak pernah terfikir untuk memohon untuk bekerja dia luar negara. Tidak pernah terlintas dalam fikiran. Malah tidak tahu bagaimana mahu memohon untuk bekerja di kuar negara. Tetapi cantiknya aturan ALLAH, pihak di Saudi datang ke Universiti minta recommendation dan lecturer saya Encik Abdul Malek yang memberi nama dan contact saya.

Perasaan seperti ALLAH menjemput saya kesana siap dengan karpet merah. Bukan sahaja boleh buat Haji. Malah boleh buat Umrah setiap minggu.

tips pergi haji 2

2009 – Berpeluang Bawa Isteri Tunai Haji

Dipendekkan cerita, awal tahun 2008 saya terbang ke Jeddah untuk memulakan tugas. Berkahwin dengan gadis pilihan Ira Abdullah selepas raya haji pada tahun 2008. Kemudian menunaikan rukun Islam ke 5 pada bulan Zulhijjah pertama sebagai suami isteri pada tahun 2009. (Shortcut betul cerita….hahahaha)

Semasa melakukan tawaf wida’, saya teringat kembali pada hajat yang saya minta dan pohon padaNYA 4 tahun sebelum itu. Sangat jelas tulisan buruk saya itu terbayang dalam otak “menyelesaikan rukun Islam ke 5 dengan isteri seawal mungkin”.

Air mata tidak mampu saya tahan lagi pada waktu itu. Terasa bertapa sayangnya ALLAH pada saya. Bagaimana cantiknya susunan dan aturan NYA untuk memakbulkan hajat saya. Saya hanya meminta. Ira mungkin ingat bagaimana air mata saya meluncur laju pada waktu itu. Perasaan disayangi, diperhati dan dijemput oleh ALLAH memang tidak tergambar. Ketika menaip ini pun masih terasa. ?

Sejak saya kecil, mentor kehidupan saya dan mentor berniaga saya Haji Borhan dan Hajjah Rashidah iaitu ibu bapa saya sentiasa mengingatkan saya.

“Buat semua benda dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Kemudian kita berdoa padaNYA supaya apa yang di usahakan kita tercapai. Berdoa dengan kepercayaan yang DIA akan makbulkan doa kita. Sebab DIA yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Andai ditakdirkan milik kita, ia adalah milik kita walau apa yang terjadi. Andai ia bukan milik kita, usah bersedih. Ia bermakna ALLAH mahu beri kita perkara yang lebih baik. Maka persiapkan diri kita untuk perkara yang lebih baik. Tiada yang mustahil disisi ALLAH.”

Ramai yang kata, siapa saya harini faktor besarnya adalah cara didikan ibu bapa saya. And I couldn’t agree more. Dalam ketegasan meraka penuh dengan kasih sayang.

Ibu mertua berdoa di Tanah Suci Makkah. Suruh suami cari perempuan lain, ceraikan aku.

3 Perkara Penting & Tips Pergi Haji Secepat Mungkin

Ada 3 perkara penting dan tips pergi haji yang saya ingin sampaikan melalui pengalaman ini.

1. Berdoa

Mintalah! Berdoalah! Rayulah! PadaNYA apa yang kita hajati.

Tulis hajat kita supaya kita sentiasa ingat. Sentiasa Nampak! Sentiasa ingat untuk meminta padaNYA. Ataupun minta bantuanNYA untuk mengingatkan kita.

InsyaALLAH dia akan makbulkan. MESTI DIA makbulkan, cepat atau lambat sahaja.

Ada 1 doa yang saya diajarkan pada saya oleh Ustaz Syed Norhisyam. Dan dia minta sampaikan juga pada orang ramai supaya pahala menjadi MLM.

Berikut adalah doanya:

أَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBAADATIK.

“Ya Allah tolonglah aku dalam mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.”(HR. Bukhori)

Doa RumahTangga Bahagia. Suami, Isteri, Anak - Semua Aman & Sejahtera!

Foto Kredit: icwsmasjid.org

2. Ikhlas & Bersungguh-sungguh

Semua benda yang kita usahakan, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Dengan ikhlas!Kemudian berdoalah padaNYA supaya semuanya dipermudahkan, diselesaikan dan berjaya. InsyaALLAH.

Jika tidak jadi atau selesai itu bermakna ia adalah kejadian yang terbaik untuk kita.

Kerja Part Time Online

Foto Kredit: mlive.com

3. Jangan Sesekali Bersangka Buruk

Kadangkala kita selalu rasa tips pergi haji secepat mungkin itu jadi atau tidak jadi adalah disebabkan orang. Contoh Haji ni, kita selalu berfikir tak dapat pergi haji sebab Visa tak dapatlah, orang tu dapat pergi sebab ada ‘kabel’ dalam TH lah, Si Kaya dapat pergi sebab bayar pakej mahal.

Kita perlu ingat, ada kala kita lihat orang beratur panjang dan ada kala kita lihat ada orang tidak perlu beratur malah dihamparkan dengan permaidani merah melangkah aman dan damai tanpa ada halangan.

Jangan dilihat Si Kaya dapat pergi tak semestinya mereka pergi mereka mendapat haji yang dimahukan. Selama saya di sana, saya sendiri saya lihat bagaimana ada manusia yang telah sampai ke Tanah Haram pada musim haji akhirnya tidak berwukuf kerana kesihatan.

tips pergi haji

Akhir Kata,

Jika Allah mahu pilih, kadang-kadang kita tidak pernah terfikir langsung dari arah mana bantuan itu datang. Jangan sampai jiwa kita terganggu merasakan sesuatu yang lain dari Allah itu penyebab kita dijemput mengerjakan haji.

Syafie
Hamba ALLAH yang merindui Tanah Haram

 

Semoga semua mendapat manfaat dan mengambil iktibar daripada tips pergi Haji yang dikongsikan ini.

*Untuk mengikuti perjalanan atau coretan beliau lebih lanjut, boleh follow akaun FB peribadinya di sini. En Mohd Syafie dan isterinya adalah usahawan kepada jenama pakaian muslimah yang sedang meningkat naik, D’yana.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×