Famili

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Hari Raya Aidilfitri Untuk Anda Yang Pulang Ke Pantai Timur

9
SHARES
CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 yang bakal tiba tidak lama lagi, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di laman Facebook rasmi miliknya, ada mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) tersebut dikeluarkan bertujuan agar orang ramai dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Baca juga: Kesian Si Bulus Tinggal Sorang Di Rumah, Ini 15 Tips Bawa Kucing Travel Balik Kampung

CADANGAN WAKTU PERJALANAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Rancang perjalanan anda dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya KL-Karak (KLK) & Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar.

CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Dari Kuala Lumpur/Selangor (masuk di Plaza Tol Gombak)  6 (Sabtu) & 7 (Ahad) April 2024 

Perjalanan ke Pahang disarankan bergerak jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang atau 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Bagi anda yang ingin pulang ke Terengganu, perjalanan disarankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari atau 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Perjalanan ke Kelantan pula disarankan pada jam 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 8.00 malam.

Ke Kuala Lumpur/Selangor ( 13 Sabtu & 14 Ahad)

Perjalanan pulang dari Pahang masuk di semua Plaza Tol adalah disarankan jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 7.00 petang.

Perjalanan pulang dari Terengganu melalui Plaza Tol Jabor 11.00 pagi sehingga 1.00 petang atau 7.00 petang sehingga 9.00 malam.

Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Selangor yang masuk di Plaza Tol Bentong disarankan pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang atau 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Waktu perjalanan bebas adalah jam 12.00 tengah malam – 6.00 pagi.

Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Plaza Tol Gombak adalah seperti berikut:

  • 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari
  • 9.30 malam sehingga 12.00 tengah malam

Kenderaan ringan disaran untuk elak memasuki Plaza Tol Gombak di waktu tersebut.

Pastikan anda masuk dan keluar di lorong tol yang sama. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Ubat Untuk Bawa Balik Kampung, Jangan Ada Yang Tertinggal!

Sumber: Facebook Lebuhraya Pantai Timur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×