Cantik

Kenali Jenis Baju Raya Tradisional Dari 6 Negara Ini, Tahun Depan Boleh Try!

12
SHARES
BAJU RAYA

Umat Islam di seluruh dunia telah mula bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Seperti biasa, persiapan biskut raya dan baju raya pasti menjadi keutamaan untuk tampil cantik di hadapan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.

Setiap budaya mempunyai gaya tersendiri dan mungkin berbeza-beza mengikut cita rasa. Mari kita lihat baju raya umat Islam dari pelbagai negara. Semua cantik-cantik!

Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!

BAJU RAYA SELURUH DUNIA, CANTIK-CANTIK SEMUANYA

1. Golongan wanita di Palestin memakai pakaian tradisional mereka dengan sulaman benang merah dan dihiasi dengan manik kecil untuk menaikkan seri baju. Pakaian tradisional itu dipanggil Thobe.

baju raya

2. Kanak-kanak beragama Islam di Kosovo juga tidak melepaskan peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memakai kot hitam dihiasa benang emas dan tali leher.

3.Pakaian di Arab Saudi untuk lelaki adalah pakaian yang sesuai untuk iklim kawasan yang panas dan berangin. Lelaki boleh memakai pakaian separas buku lali yang dikenali sebagai Thawb.

baju raya

4. Pakaian tradisional sewaktu perayaan di Malaysia, wanita memakai baju kurung moden dipadankan dengan selendang yang bersesuai. Golongan lelaki pula memakai baju melayu atau kurta dipadankan bersama samping.

5. Lelaki Muslim di Kenya sama seperti di Arab Saudi iaitu memakai jubah bersama songkok atau kopiah.

6. Pakaian raya di Pakistan adalah lehenga dan sherwani. Lehenga adalah skirt labuh dipadankan dengan baju yang bersesuai. Lehenga juga didatangkan dengan selendang berwarna-warni seperti pakaian perayaan wanita yang lain.

Sherwani pula adalah pakaian untuk golongan lelaki. Pelbagi reka bentuk dan warna boleh dipilih untuk dipakai bersama seluar slim fit.

Cantik-cantik semuanya. Baju raya anda warna apa?

Sumber: Islamicfinder

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×