40 Minggu

Nak Cuci Muka, Tapi Jaga-Jaga! Ini 5 Bahan Skincare Ibu Hamil Perlu Elak

17
SHARES
bahan skincare

Menjadi ibu mengandung, banyak perkara yang perlu dititikberatkan kerana silap satu langkah atau pengambilan, ia mampu menjejaskan bayi dalam kandungan. Bukan sahaja pemakanan, malah ada juga bahan skincare yang perlu ibu hamil elak demi kesihatan bayi dalam kandungan.

Hamil tak bermaksud anda patut lupa rutin penjagaan muka, cuma perlu lebih berhati-hati dengan kandungan skincare yang dipakai. Hanya sesetengah sahaja yang sesuai dipakai buat ibu hamil manakala ada bahan skincare yang mampu memudaratkan kedua ibu dan juga bayi di perut. Ikuti perkongsian penulis mengenai bahan skincare terlarang untuk ibu hamil.

Baca juga: Pantang Larang Semasa Hamil. Ibu Mengandung Perlu Tahu!

5 BAHAN SKINCARE IBU HAMIL PERLU HINDARI

1. HYDROQUINONE

bahan skincare

Hydroquinone adalah ubat preskripsi yang berfungsi mencerahkan kulit atau mengurangkan pigmentasi. Food and Drug Administration (FDA) mengesahkan bahan ini di dalam kategori C disebabkan oleh kadar serapannya yang lebih tinggi berbanding bahan kimia topikal lain.

Hydroquinone akan diserap oleh kulit dalam kuantiti yang lebih banyak di mana ia boleh menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan. Disebabkan oleh kadar serapannya sekitar 25 hingga 35%, maka ibu hamil disarankan mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone.

2. FORMALDEHYDE

Produk kecantikan jarang sekali menggunakan formaldehyde sebagai kandungan di dalamnya. Ia adalah sejenis karsinogen, bahan yang meningkatkan potensi kemandulan dan juga keguguran.

Namun, ada juga bahan kimia lain yang memberi kesan serupa seperti formaldehyde ini. Bahan-bahan ini juga berupaya melepaskan formaldehyde ke dalam badan. Bahan-bahannya adalah:

  • 5-bromo-5-nitro-1,3-dioxane
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • DMDM hydantoin
  • Bronopol
  • Hydroxymethylglycinate
  • Diazolidinyl urea

3. KRIM RETINOID ATAU RETINOL

Krim retinoid memiliki kandungan vitamin A yang penting buat kesihatan kulit. Setelah kulit menyerap bahan ini, badan akan menukar retinoid kepada retinol.

Untuk pengetahuan, kebanyakan produk antipenuaan menggunakan retinoid sebagai bahan utama disebabkan oleh keberkesanannya dalam mengurangkan jerawat dan kedutan pada wajah.

Akan tetapi, derivatif vitamin A mampu mengakibatkan kecacatan pada bayi ketika lahir. Memang vitamin A penting untuk tumbesaran mereka, namun sebarang derivatifnya perlu ibu hamil elakkan. Justeru itu, hentikan penggunaaan krim antipenuaan yang mengandungi retionoid atau sebarang derivatifnya.

4. PELINDUNG MATAHARI KIMIA

bahan skincare

Oxybenzone adalah antara bahan kimia yang kerap digunakan dalam pelindung matahari. Ianya efektif dalam melindungi kulit daripada sinaran UV, tetapi oxybenzone juga boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan.

Ia adalah bahan yang mampu mengganggu penghasilan hormon dan membawa bahaya kepada kedua ibu dan bayi dalam kandungan.

5. ASID SALISILIK DOS TINGGI

bahan skincare

Asid salisilik mampu mengurangkan jerawat oleh kerana sifat antiradangnya yang hampir sama dengan aspirin. Ada kajian pada 2013 yang menyuruh wanita hamil mengelakkan kandungan asid salisilik tinggi.

Tapi tahukah anda skincare yang dijual secara over-the-counter memiliki kandungan asid salisilik yang rendah! Ia dilaporkan selamat oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).

Jadi perhatikan kandungan asid salisilik sebelum membeli produk yang mempunyai bahan ini.

Untuk kesihatan diri dan bayi yang sihat, cubalah tahan diri daripada menggunakan skincare yang mengandungi 5 bahan di atas. Apa yang diinginkan adalah bayi yang sempurna, jadi ibu hamil perlu memainkan peranan mereka. Setiap kali membeli skincare, ingat untuk perhatikan kandungan bahannya dengan teliti agar ia selamat dipakai buat anda.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×