Asuh

Hasrat Perenang Cilik Nak Jadi Wakil Negara Hancur Lebur, Cikgu Tampar Sampai Dapat Kecederaan Serius!

29
SHARES
bahagian kepala

Semalam, seorang ibu meluahkan rasa kecewa, sedih dan marah apabila anaknya yang berusia 11 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas dipukul cikgu di sekolah gara-gara insiden salah faham.

Hantarannya di Facebook yang ingin mendapatkan keadilan sewajarnya, telah mendapat 1.6 ribu perkongsian setakat ini dan menarik perhatian warga maya yang turut sama bersimpati atas nasib diterima kanak-kanak bernama Amirul Akil Mohd I’zzat Emir.

Baca juga: Selepas Lebih 4 Bulan Koma Akibat Lemas Terjatuh Kolam, Adik Umar Meninggal Dunia

BAHAGIAN KEPALA DITAMPAR CIKGU, PUNAH HARAPAN PERENANG

bahagian kepala

Gambar: Syahmina Mohd Azim

Syahmina Mohd Azim menyatakan, tindakan seorang cikgu memukul Amirul Akil sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinga, telah memadamkan harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.

Kekecewaan itu turut dirasai jurulatih renang yang meletakkan harapan tinggi pada Amirul Akil untuk mengharumkan nama Malaysia.

perenang

Gambar: Masa ini dia terpaksa korbankan selection ke peringkat seterusnya…SUKMA? Sukan SEA..dan lain-lain. – Syahmina Mohd Azim

bahagian kepala

Gambar: Syahmina Mohd Azim

Baca juga: Bapa Tak Sangka Anak Kerap Menggaru Rupanya Alahan Kuda & Berkongsi Cara Nak Buat Ujian Alergi Pada Anak

Berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu tersebut, anaknya yang hampir terjatuh tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu berkenaan yang sedang mengambil barang.

Akibat salah faham, Amirul Akil telah ditampar sebanyak dua kali sehingga mengalami kesakitan dan lebam di bahagian telinga, selain ditumbuk di bahagian belakang kepala.

pelapis perenang negara

Gambar: Syahmina Mohd Azim

“Kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga (cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak. Boleh baik namun ambil masa yang agak lama atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali.

“Ya Allah, gugur jantung ini. Air mata mak ini aku tak mampu nak sekat lagi, menangis memikirkan masa depan anak aku sendiri. Sebagai perenang, itu adalah anggota badan yang sangat sensitif, Silap hari bulan boleh blackout dalam air dan meninggal,” luahnya.

Baca juga: Anak 7 Tahun Tak Faham Kenapa Kena Solat, Ini Penjelasan Mudah Mama Papa Boleh Beritahu!

Baca hantaran penuh di bawah

pelapis perenang negara

Gambar: Syahmina Mohd Azim

pelapis perenang negara

Gambar: Syahmina Mohd Azim

Baca juga: Bapa Kuatkan Semangat Dukung Anak Sakit Radang Otak Naik Pentas, “Sebagai Kenangan Terakhir Aish Di Sekolah”

Sumber: Syahmina Mohd Azim 

FT Image: Syahmina Mohd Azim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×