Asuh

Polis Buka Kertas Siasatan, Kes Guru Lelaki Pukul Perenang Cilik!

17
SHARES
guru lelaki

Sebelum ini, Sirap Limau melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami gegaran koklea.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, bulan lalu.

Baca juga: Hasrat Perenang Cilik Nak Jadi Wakil Negara Hancur Lebur, Cikgu Tampar Sampai Dapat Kecederaan Serius!

GURU LELAKI PUKUL PERENANG CILIK, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

guru lelaki

Gambar: Facebook Syahmina Mohd Azim

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan kejadian itu telah diterima daripada seorang ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada 10 Disember 2024.

“Pengadu mendakwa anaknya telah mendapat kecederaan akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun namun dia menarik semula laporan pada 11 Disember 2024 kerana enggan memanjangkan kes tersebut.

“Baru-baru ini pengadu sekali tampil membuat satu laporan memohon polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru tersebut,” katanya.

Baca juga: Selepas Lebih 4 Bulan Koma Akibat Lemas Terjatuh Kolam, Adik Umar Meninggal Dunia

Menurut beliau, siasat telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

“Dalam kes ini, Perintah Untuk Menyiasat (OTI) sudah diperoleh dan malam ini akan dibuat rakaman percakapan.

“Setakat ini tiada tangkapan telah dibuat,” katanya.

Ketika dihubungi Sinar Harian, impian anak bongsu daripada dua beradik itu menjadi pelapis perenang negara musnah berikutan peluang untuk sembuh hanya 50 peratus.

Malah, kanak-kanak itu terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di pentas antarabangsa di Bangkok, Thailand Julai ini.

Baca juga: Bapa Tak Sangka Anak Kerap Menggaru Rupanya Alahan Kuda & Berkongsi Cara Nak Buat Ujian Alergi Pada Anak

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Syahmina Mohd Azim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×