Nur

“Alam Nashrok Like A Sword Rock” – Hukum Persenda Ayat Al-Quran Sebagai Hiburan

2
SHARES
bacaan ayat al quran

Baru-baru ini tular satu trend di media sosial, di mana mempersendakan bacaan ayat al-Quran dan dijadikan sebagai satu hiburan.

Perlakuan ini bukanlah satu perkara baharu dalam dunia media sosial dan ia mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai kerana mempersendakan agama.

Baca juga: Kelebihan Dan Cara Baca Ayat Yasin 7 Mubin, Ikhtiar Untuk Segala Hajat

HUKUM PERSENDAKAN BACAAN AYAT AL-QURAN

bacaan ayat al quran

Perbuatan ini seperti firman Allah SWT berkenaan golongan yang mengejek-ejek agama:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ

Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” Surah al-Taubah (65)

Ulama bersepakat bahawa mengkafirkan golongan yang memperlekeh, meremeh dan menghina al-Quran dengan apa jua cara sekalipun dalam keadaan mereka mengetahui tentang pengharaman tersebut.

Antara jenis penghinaan terhadap al-Quran adalah meremehkan kandungan al-Quran atau mana-mana bahagian daripadanya, meremehkan mushaf dengan meletakkan pada tempat yang kotor, mendustakan hukum-hakan dan perkhabaran, menafikan perkara yang disabitkan, mensabitkan perkara yang ternafi atau meragui mana-mana daripada al-Quran.

Selain itu, Ibn al-Arabi memperjelaskan setiap perkataan yang mempersendakan al-Quran, sama ada dilakukan dengan tujuan bermain-main atau dalam keadaan bersungguh-sungguh maka hukumnya seseorang itu tetap menjadi kufur.

Menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, apa-apa perkataan dan perbuatan yang mempersenda, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat al-Quran dan hadis, ia boleh disabitkan sebagai suatu kesalahan.

Baca juga: Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah SAW Ini, Boleh Cegah Penyakit!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×