Anda pernah dengar mengenai ayat yasin 7 mubin? Buat yang tidak tahu, di dalam surah Yasin, terdapat 7 ayat dengan perkatataan mubin yang membawa makna jelas atau nyata.
Sama seperti membaca al-Quran, yasin 7 mubin ini juga mempunyai kelebihan tersendiri jika anda membacanya. Ikuti penjelasan penuh mengenai artikel ini di bawah.
Baca juga: Hukum Pakai Tudung Ada Tulisan Jawi, Boleh Bawa Masuk Tandas Ke?
YASIN 7 MUBIN ADA KELEBIHAN TERSENDIRI BILA BACA
Dalam surah Yasin, terdapat 7 perkataan mubin iaitu pada ayat:
Ayat ke-12
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ
Ayat 17
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Ayat ke-24
إِنِّي إِذًا لَّفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Ayat 47
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّـهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Ayat ke-60
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ayat 69
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنبَغِي لَهُ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُّبِينٌ
Ayat ke-77
أَوَلَمْ يَرَ الْإِنسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk mengamalkan Yasin 7 mubin ini. Antaranya adalah:
1. Baca selepas selesai solat hajat
Selepas selesai menunaikan solat hajat dua rakaat, boleh baca ketujuh-tujuh ayat mubin dan niatkan permohonan anda.
2. Baca bersama surah Yasin
Baca surah Yasin secara penuh dan ketika sampai pada setiap penghujung ayat mubin, niatkan permohonan anda kepada Allah SWT.
Kelebihan baca ayat ini
Antara kelebihan membaca Yasin 7 Mubin ini adalah:
– Ikhtiar untuk jumpa semula barang berharga yang hilang.
– Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
– Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
– Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
– Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
– Ikhtiar untuk segala hajat yang diinginkan.
– Memohon agar sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan